Barcelona 99: Racun Baru Keluaran Adidas x Manchester United

Kalau korang peminat Adidas dan juga Manchester United, ini adalah antara masa terbaik untuk anda.

Terbaru, Manchester United dan Adidas mengumumkan kolaborasi menghasilkan kasut khas.

Ia inspirasi daripada malam Eropah yang ikonik pada 1999, di mana skuad bimbingan Sir Alex Ferguson menjuarai Uefa Champions League di Barcelona.

Anda mesti ingat kan, kebangkitan luar biasa Man United ketika itu. Di mana mereka menjaringkan 2 gol yang sangat lewat untuk bangkit menewaskan Bayern Munich – yang sudah sebelah tangan dekat piala.

Bukan itu sahaja, ada lagi nak cerita ni. Itulah piala yang menjadi pelengkap kepada treble Manchester United pada 1999.

Kasut edisi terhadi ini diberikan nama Barcelona 99. Supaya pemakainya terus teringat malam indah di Barcelona.

Kasut ini juga diletakkan momen memperingati detik Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer menjaringkan gol pada masa kecederaan minit 91 dan 93.

Warna putih dengan lilitan merah membara serta garisan 3 garis ikonik Adidas  pun merah.

Di dalam kasut ini anda akan melihat gambar Ole dengan keraian ikonik ketika aksi final itu dahulu.

Nampak tak gambar Ole?

Korang boleh mulai menempah kasut ini di atas talian.

Klik pautan ini: Saya nak beli kasut adidas Barcelona 99

Bagi korang yang nak tau spec dia,  nah:

Dan jika korang duduk dengan dengan kedai Manchester United di Manchester, boleh la ke kedai dia pada 1 November ni. Tak pun korang kirim kat Wan Bissaka. Dia bisa menunggu tu.

Harganya dilaporkan sekitar £90 (£89.95) ataupun sekitar RM485.00.

Adidas ni memang lawa. Tak lama benda ni sold out.

Dan Blackpink pun suka Adidas ni tau:

Baca yang lain