Barcelona Atasi PSG, Christensen Tanduk Gol Kemenangan

Barcelona kini mencerahkan peluang mereka ke separuh akhir apabila menang 3-2 di Paris ketika menentang PSG.

Skuad bimbingan Xavi dalam beberapa tahun sebelum ini memiliki rekod kurang memuaskan di Eropah. Namun kali ini nampak lebih bersemangat.

Raphinha meletakkan Barca di hadapan pada minit ke-37. Ianya selepas Donnarumma gagal menolak bola dengan lebih baik ketika cuba memintas hantaran Lamine Yamal.

Namun gol itu dibalas oleh bekas pemain Barca iaitu Ousmane Dembele pada minit ke-48. Di mana pemain antarabangsa Perancis itu melakukan rembatan deras dari dalam kotak penalti.

2 minit kemudian PSG di hadapan menerusi Vitinha. Pemain itu diberikan ruang yang terlalu selesa di dalam kotak penalti.

Anak anak buah Xavi tidak berputus asa dan kembali mengikat kedudukan menerusi Raphinha – yang sekali lagi menewaskan Donnarumma.

Kali ini dia melakukan first time shot yang cantik setelah mengatasi perangkap ofsaid PSG. Kredit juga kepada Pedri yang melakukan hantaran lob sempurna.

Dembele hampir mencetak gol sekali lagi namun percubaannya terkena tiang gol.

Dan 13 minit sebelum tamat perlawanan, Christensen menjaringkan gol kemenangan buat Barca.

Christensen menanduk masuk bola sepakan penjuru oleh Gundogan. Itu adalah gol pertamanya untuk Barca.

PSG kini memerlukan kemenangan dengan margin 2 gol di Sepanyol dalam misi mereka mahu meraih trofi UCL pertama kelab itu.

Luis Enrique pasti sedar bahawa UCL sentiasa menjadi sasaran utama Nasser Al Khelaifi di PSG. Ini adalah musim terakhir Kylian Mbappe di PSG. Dan pastinya pemain itu juga mahu menjulang UCL sebelum berelepas.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.