Barcelona Belasah Real Madrid 5-2 Dan Julang Piala Super Sepanyol, Raphinha Tak Ada Ubatnya!

Barcelona membelasah Real Madrid 5-2 walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada separuh masa kedua untuk menjulang Piala Super Sepanyol.

Ancelotti berkata: “Saya tak tahulah apa berlaku dalam el clasico namun ianya agak gila sejak akhir akhir ini. 35 gol dihasilkan dalam 10 el clasico terakhir dan 7 lagi gol terhasil pada final Supercoppa.

Barcelona sebelum ini membelasah Real Madrid 4-0 di Santiago Bernabéu pada Oktober tahun lalu. Dan di Jeddah mereka membelasah Madrid 5-2 dengan mengakhiri perlawanan dengan penjaga gol ketiga selepas Wojciech Szczęsny dibuang padang pada awal separuh masa kedua.

Kapten kelab yang cedera, Marc Andre ter Stegen, menjulang piala tersebut.

Barcelona pasukan lebih baik dari mula sehingga tamat perlawanan. Bintang Brazil Raphinha kelihatan tidak kenal erti penat dalam perlawanan ini.

Lamine Yamal sekali lagi menjadi nadi penting Barca dalam aksi yang dominan oleh Barca.

Real Madrid terlebih dahulu di hadapan seawal minit kelima setelah Kylian Mbappe menewaskan Szczęsny. Gol itu terhasil hanya beberapa saat selepas Courtois melakukan penyelamatan berkelas dunia

Lamine Yamal mencetak gol penyamaan minit ke-22 dengan satu gol yang sangat licik, di mana dia ‘memancung’ bola menyilang dalam keadaan leret.

Ketika Madrid mulai merasai tekanan daripada pasukan Hansi Flick. Mana taknya, pada satu ketika Barcelona mendominasi sehingga 81% perlawanan.

Szczęsny kemudian menafikan percubaan menerusi tandukan oleh Aurélien Tchouameni. Dan seterusnya, pengadil memberikan penalti kepada Barcelona selepas Camavinga mengasari Gavi.

Robert Lewandowski dengan tenang meletakkan pasukan Barcelona di hadapan pada minit ke-36. Dan tekanan semakin memuncak dirasai Real Madrid.

Barcelona menamatkan perlawanan dengan kedudukan 4-1 pada separuh masa pertama. Yang dianggap hampir pasti membunuh perlawanan ini. Ini selepas Raphinha dan Alejandro Balde mencetak gol keempat dan kelima pasukan mereka sebelum rehat.

Raphinha menanduk masuk bola yang dihantar kemas kepadanya. Dia kemudian meluru untuk menewaskan pertahanan lawan sebelum Balde menyambung larian itu dan menewaskan Courtois.

3 minit selepas separuh masa kedua bermula, Raphinha menjadikan kedudukan 5-1. Dia berlari dengan menggelecek pertahanan lawan membuatkan mereka kucar kacir sebelum melepaskan rembatan tepat menerjah gawang.

Carlo Ancelotti buntu tidak tahu apa yang sedang berlaku di atas padang. Di mana sekali lagi, Raphinha mendapat ruang dengan berlari menewaskan Tchouameni untuk gol.

Real Madrid tiba tiba mendapat sedikit harapan untuk bangkit selepas Szczęsny dibuang padang selepas cuba menghalang Kylian Mbappe dengan berlari keluar dari kotak penalti.

Gil Manzano awalnya memberikan kad kuning kepada Mbappe kerana simulasi. Namun selepas semakan VAR, Manzano memberikan kad merah kepada Wojciech Szczęsny kerana kekasaran itu. Barcelona memasukkan Iñaki Peña.

Real Madrid mendapat gol saguhati menerusi Rodrygo yang melakukan sepakan percuma sangat cantik.

Namun tiada tambahan gol terhasil lagi. Barcelona menamatkan perlawanan dengan kemenangan 5-2 yang ramai tidak menjangkannya.

Ianya boleh menjadi motivasi berguna buat mereka sekali lagi untuk bangkit dalam persaingan La Liga.

Ini juga merupakan piala pertama Hansi Flick bersama dengan Barca selepas pengurus asal Jerman itu mengambil alih tugasan pada awal musim ini menggantikan Xavi Hernandez.

Walaupun diselebungi banyak masalah termasuk kekangan kewangan, Flick tetap berjaya menggapai kejayaan memenangi trofi bersama pemain pemain mudanya.

Wojciech Szczęsny pula menjulang piala setelah keluar daripada persaraannya beberapa bulan lalu selepas Barcelona kehilangan penjaga gol utama mereka.

Raphinha selayaknya menjadi MVP untuk Piala Super Sepanyol. Dalam aksi final dia membuktikan kemampuan luar biasanya termasuk menanduk bola.

Saksikan rangkuman aksi di sini: