Barcelona Bengang, Braithwaite Sedang ‘Merosakkan’ Rancangan Mereka

Barcelona merancang untuk mengurangkan margin gaji pemain mereka dalam pasaran perpindahan musim panas ini. Bagaimanapun, rancangan itu diancam kegagalan kerana tindakan Martin Braithwaite.

Barcelona masih berusaha untuk menjadikan keadaan kewangan kelab mereka stabil semula. Di mana mereka masih belum mendaftarkan seorang lagi pemain baharu mereka iaitu Jules Kounde.

Samuel Umtiti dijangka akan melengkapkan perpindahannya pada minggu ini. Namun Barca masih bengang dengan penyerang Denmark, Martin Braithwaite yang masih tak mahu berpindah.

Menurut laporan oleh Mundo Deportivio, Barcelona memang merancang untuk melepaskan Braithwaite dalam pasaran perpindahan musim panas 2022.

Barcelona malah dilaporkan telah menawarkan Braithwaite kela Liga Sepanyol, RCD Mallorca.

RCD Mallorca juga telah berunding dengan Braithwaite mengenai proses pemindahan.

Bagaimanapun, proses rundingan Braithwaite dengan RCD Mallorca diancam kegagalan.

Ini kerana Braithwaite meminta RCD Mallorca gaji yang lebih tinggi berbanding dengan gaji semasa dia di Barcelona.

Braithwaite menjadikan alasan, dia berhak menerima kenaikan gaji jika Mallorca mahukan perkhidmatannya di barisan serangan mereka.

Di Barcelona, ​​​​Braithwaite menerima gaji 6 juta euro semusim.

Untuk menyamai gaji di Barcelona pun Mallorca sukar untuk melakukannya.

Oleh itu, permintaan gaji oleh bekas penyerang Leganes itu membuatkan RCD Mallorca berfikir dua kali untuk menandatangani Braithwaite.

Sebaliknya, ada pihak yang beranggapan permintaan itu adalah taktik Braithwaite untuk kekal di Barcelona. Dia tahu Mallorca tidak sanggup membayar gajinya lebih besar daripada yang dia dapat di Barcelona.

Barcelona pula jelas sekali sudah tidak sabar-sabar untuk mengeluarkan Braithwaite untuk mengimbangi penyata kewangan mereka.

Barcelona kini semakin resah memikirkan bahawa RCD Mallorca bakal menarik diri daripada rundingan dengan Braithwaite.

Malah, Barcelona sangat memerlukan perjanjian itu untuk mendaftarkan pemain baharu mereka, Jules Kunde, ke LaLiga Sepanyol.

Selain itu, Barcelona juga mahu mengambil pemain lain, seperti Marcos Alonso dan Bernardo Silva.

Gerard Romero melaporkan bahawa, Barcelona sedang mencari dana sekurang kurangnya EUR17 juta lagi untuk membolehkan mereka mendaftarkan Jules Kounde dan mendapatkan Marcos Alonso dari Chelsea.

Baca yang lain