Barcelona kini berdepan dengan hukuman dilarang beraksi dalam UCL untuk beberapa musim kerana masalah FFP. Laporan kewangan Barcelona dikatakana sangat teruk pada masa ini.
Barcelona mengumumkan keuntungan bersih pertama kali mereka dalam sejak 2019 pada September lalu dengan catatan keuntungan bersih €314 juta.
Namun kemudian mereka bergelut untuk mengekalkan keuntungan tersebut menjelang akhir musim ini.
Beberapa kelab di Eropah menyatakan bahawa mereka merasakan UEFA telah melayan Barcelona terlalu baik. Kerana sebelum ini kelab itu memang sudah ada banyak masalah kewangan namun masih sahaja mereka beraksi di UCL.
Akhbar WELT membongkar bahawa, laporan kewangan terbaru Barcelona benar benar akan menyusahkan mereka. Kini kelab itu sudah membincangkan secara dalaman impak jika mereka tidak dapat bermain di UCL. Walaupun terlepas semusim aksi UCL pun mereka akan menanggung impak yang sangat besar.
Ini kerana Barca ketika ini sudah diberikan amaran bahawa mereka kemungkinan akan digantung daripada UCL selama 2 atau 3 musim.
Barcelona could be banned from the Champions League for 2 or 3 years. The reason is violations of the financial regulations of the European Football Association. Insiders say the club's balance sheets are a mess.
— @welt pic.twitter.com/SafnuObBRp
— Barça Universal (@BarcaUniversal) December 22, 2023
Ini ditambah dengan kelab itu yang terpaksa beraksi di luar Nou Camp yang dibangunkan semula. Stadium yang lebih kecil bermakna pendapatan lebih kecil dan bayaran sewa lebih tinggi.
Musim panas lalu, UEFA telah mendenda Barcelona €500,000 selepas jawatankuasa kewangan UEFA mendapati Barcelona melaporkan keuntungan kelab itu secara tidak tepat melibatkan aset intangible.
Barcelona ketika ini berada di tangga ketiga dalam La Liga. Mereka mahu memastikan kelayakan ke UCL musim hadapan.
Dan jika mereka gagal berada di 4 teratas, maka Barcelona dikatakan sedia untuk berharap UEFA memberikan mereka kelayakan khas menerusi peraturan pasukan warisan yang boleh digunakan dalam kelayakan UCL pada format baharu musim hadapan.
Namun masalah akan tetap berlaku jika mereka gagal dalam FFP selepas ini. Barcelona akan melakukan sedaya upaya mereka untuk mengimbangi akaun mereka dan memperbaiki laporan kewangan mereka yang dianggap bercelaru.