Beberapa kelab La Liga mengkritik keputusan Majlis Sukan Tertinggi Sepanyol (CSD) yang mengarahkan RFEF dan La Liga memberikan lesen bermain sementara buat Dani Olmo dan Pua Victor.
Barcelona telah mengumumkan bahawa dua pemain tersebut kini sudah boleh beraksi dalam La Liga dan aksi final Piala Super Sepanyol.
Athletic Club tampil dengan kenyataan mengecam tindakan tersebut kerana sebelum ini La Liga dan RFEF menyekat pendaftaran Olmo dan Pau Victor yang gagal didaftarkan pada tarikh akhir 31 Disember 2024.
Beberapa kelab lain juga mulai bersuara dan mempersoalkan di mana peraturan ekonomi yang dicanang oleh La Liga dan RFEF.
Barcelona berjaya dalam rayuan mereka di CSD untuk mendaftarkan Dani Olmo dan Pau Victor untuk bermain buat sementara waktu.
Selepas kekalahan 2-0 di tangan Barcelona pada aksi separuh akhir Supercopa di Jeddah, presiden Athletic Bilbao, Jon Uriarte menggelarkan keputusan RFEF itu sebagai jenaka.
🎥 | President Laporta looking extremely happy after securing the registrations of Olmo and Pau Victor. #fcblive pic.twitter.com/qJw2CVUKL8
— BarçaTimes (@BarcaTimes) January 8, 2025
“Keputusan sementara ini diambil oleh badan politik. Sekarang ini La Liga dan RFEF akan mempertahankan tindakan yang telah mereka ambil.
“Mungkin juga saya membuat kesimpulan, ini baru hari kelapan selepas tahun baharu, dan kami sudah mengalami sesuatu seperti ini, dan ianya sangat luar biasa.
“Kami sebagai kelab meminta mereka berusaha membangunkan liga ini, menjadikannya lebih besar, namun mereka berusaha untuk datang ke sini [Arab Saudi], negara yang jauh daripada penyokong kami.
“Bermain Supercopa tetapi kami mengalami situasi yang kelakar ini. Situasi seperti ini tidak seharusnya berlaku dalam bola sepak.”
🚨✅| OFFICIAL: Dani Olmo and Pau Victor are now registered in La Liga. #fcblive pic.twitter.com/4Sfyo4Gddl
— BarçaTimes (@BarcaTimes) January 9, 2025
Kelab Las Palmas juga mengeluarkan kenyataan bersama Athletic mengutuk keputusan CSD pada Khamis.
Mereka mempersoalkan nilai integriti pertandingan. Yang dianggap boleh merosakkan kestabilan bola sepak Sepanyol – tegas mereka dalam kenyataan mereka.
Tidak lama kemudian Atletico Madrid pula tampil dengan kenyataan rasmi mempersoalkan keputusan CSD. Menurut mereka peraturan kawalan ekonomi dibuat untuk memastikan keadilan persaingan.
Selain itu Atletico juga membidas campur tangan politik dan kerajaan menerusi CSD dalam liga bola sepak di Sepanyol.
“Campur tangan kerajaan ini akan mencipta ancaman sangat bahaya kerana ia akan membuka pintu kepada kelab lain melanggar peraturan dan melakukan kesilapan serius yang berulang dari masa lalu,” tegas Atletico.
Pengarah Sukan Barcelona, Deco mempertahankan kelabnya dan membidas Uriate. Dia menegaskan bahawa kenapa kelab lain pula yang perlu sakit hati sedangkan Barcelona berusaha menyelesaikan masalah mereka sendiri.
Deco juga menambah, Barcelona mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mahkamah.
Sebelum ini Barcelona tidak dapat mendaftarkan dua pemain itu selepas gagal dalam rayuan di mahkamah. Dan kini mereka mendaftarkan dua pemain tersebut setelah berjaya dalam rayuan mereka di CSD.
Deco mengkritik Uriate terutamanya. Dia berkata: “Setiap kelab itu ada masalah tersendiri, mereka patut fokus kepada diri mereka sendiri. Kami melakukannya dengan baik di Barcelona, cuba melakukannya dengan sebaik mungkin.
“Yang lain kami serahkan kepada pihak berkuasa dan mahkamah. Jika mereka memberikan pendaftaran sementara untuk pemain pemain kami, pasti mereka ada sebab munasabah melakukannya.
“Jika mereka yang bertanggungjawab memutuskan begini, pasti ada sebabnya. Kami tidak akan terkejut, imej bola sepak Sepanyol mungkin sedikit calar, kerana ada banyak divisyen dan banyak perkara yang sukar untuk difahami.
“Kita harus menutup lembaran ini demi kebaikan bola sepak Sepanyol. Sebagai seorang profesional dalam bola sepak, saya tumpang gembira dengan Dani Olmo dan Pau Victor kerana mereka melalui detik sukar, dan mereka mahu bermain bola sepak, itu sahaja.
Deco menutup kenyataannya: “Presiden Athletic Club nampaknya tidak gembira dengan kes Olmo. Mereka harus menjaga kelab mereka sendiri. Kecuali mereka menganggap diri mereka lebih berkuasa daripada undang undang.”
🔵🔴 Barça director Deco: “Athletic Club president not happy about Olmo case? They should take care of their own club…
…unless they consider themselves above justice”. pic.twitter.com/s85YDioP9j
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 8, 2025
Presiden La Liga, Javier Tebas menyatakan dia terkejut dengan keputusan CSD. Dan mempersoalkan kenapa Real Madrid TV benar benar berdiam diri kali ini?
“Presiden CSD [Jose Manuel Rodriguez Uribes] nampaknya sudah mendengar suara setiap orang, dan ia tidak mewakili bola sepak profesional Sepanyol.
“Dan suara itu, agak menghairankan, kekal agak senyap. Sekarang ini, di mana Real Madrid TV?”
Tebas memetik nama Real Madrid TV yang sebelum ini secara terbuka mengecam dia dan La Liga dalam banyak perkara termasuk isu berkaitan dengan pendaftaran Olmo.
Dan dia mahu RMTV untuk menggunakan kelantangan yang sama ke atas CSD.
Dani Olmo yang dibeli €60 juta dari RB Leipzig, dan Pau Victor menyertai Barca dari Girona pada Ogos, dibenarkan beraksi buat sementara oleh CSD. Mereka terlepas aksi pada Rabu, namun boleh bermain pada aksi final Piala Super Sepanyol.
Sumber: ESPN , BeIN , – nanti tak pasal pasal kau cakap aku buat cerita