Barcelona Berminat Dapatkan 4 Bintang Untuk Perkuatkan Pasukan Hansi Flick

Barcelona dilaporkan berminat untuk mendapatkan 4 bintang untuk dibawa masuk ke dalam skuad Hansi Flick.

Pertamanya, Son Heung Min secara percuma, jika pemain itu tidak melanjutkan kontrak di Tottenham Hotspur.

Son Heung Min masih belum melanjutkan kontrak dengan pasukan semasanya. Kapten Spurs itu masih bertenang soal masa hadapannya buat masa ini.

Son Heung Min turut dikaitkan dengan beberapa kelab lagi termasuk Man United.

Son Heung Min merupakan salah seorang penggempur serba boleh yang boleh bermain sebagai no.9 dan posisi bahagian sayap.

Seterusnya ialah Jonathan Tah. Pemain yang sebelum ini gagal berpindah ke Bayern Munich. Tah juga pemain yang akan menjadi ejen bebas musim hadapan.

Bek tengah Leverkusen itu dianggap antara bek tengah terbaik di dalam liga utama Eropah dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Beberapa bulan lalu, Tah  dan Barcelona dikatakan sudah berunding untuk kesepakatan mereka.

Selain daripada dua nama di atas, Flick juga berminat membawa masuk 2 bintang Bayern Munich yang dijangka akan meninggalkan kelab itu akhir musim ini.

Mereka ialah Leroy Sane dan Joshua Kimmich. Sane dan Kimmich menjadi penting Flick ketika di Bayern Munich.

Dua pemain tersebut dianggap sangat sesuai dengan sistem permainan Hansi Flick.

Walaupun Barcelona berdepan masalah mendaftarkan 2 pemain mereka, Dani Olmo dan Pau Victor untuk separuh kedua musim ini.

Namun untuk musim hadapan Barcelona akan mendapat beberapa lagi tajaan mewah ke dalam akaun mereka. Mereka juga akan kembali meraih pendapatan daripada tiket perlawanan di Nou Camp yang memiliki kapasiti sangat besar.

Musim ini mereka beraksi di gelanggang sementara mereka iaitu Estadi Olímpic Lluís Companys.

Oleh sebat itu mereka yakin akan dapat mendapatkan 4 pemain tersebut untuk memperkuatkan pasukan Hansi Flick.

Selain itu Barcelona juga sedia untuk menjual beberapa pemain mereka dengan harga yang tepat. Ini untuk menjana pendapatan dan membantu menambah dana untuk perpindahan pemain.

Barcelona masih berusaha untuk keluar daripada masalah kewangan yang ditinggalkan oleh Bartomeu beberapa tahun lalu.