Barcelona-Braithwaite, Peraturan Cacat Dari La Liga?

Barcelona mempunyai ramai legenda dalam sejarahnya – Hristo Stoichkov, Romario, Ronaldo, Ronaldinho, Samuel Eto’o, Luis Suarez, Lionel Messi.

Sekarang mereka mempunyai Martin Braithwaite.

Juara bertahan La Liga ini menjadi pasukan pertama memanfaatkan peraturan -di Sepanyol- membenarkan mereka menandatangani pemain di luar jendela perpindahan jika mempunyai pemain cedera lebih 6 bulan dalam skuad utama.

Barcelona membeli Braithwaite dengan mengaktifkan klausa pelepasan pemain tersebut yang bernilai £15 juta. Pemain berusia 28 tahun itu akan menerima bayaran sebanyak €18 juta setahun.

Barcelona terpaksa membuat pembelian panik selepas Ousmane Dembele mengalami kecederaan dan perlu direhatkan lebih dari 6 bulan, sementara itu Luis Suarez sudah berada dalam senarai kecederaan.

Ousmene Dembele mengalami kecederaan dan perlu diketepikan lebih dari 6 bulan

• Ia menimbul banyak persoalan. Adakah peraturan itu adil?
• Adakah Barcelona sebenarnya mahukan Braithwaite?

Bolehkah seorang pemain yang secara teknikalnya memulakan musim di Middlesbrough mengakhirinya sebagai juara La Liga bersama Barcelona?

Peraturan di La Liga membenarkan kelab memohon untuk membawa masuk pemain baru jika pemain tersebut diketepikan lebih daripada lima bulan.

Barcelona perlu membuktikan Dembele cedera selama enam bulan sebelum dibenarkan membawa Braithwaite.

Barcelona menjadi kelab pertama yang menggunakan peraturan ini. Konfederasi Bola Sepak Dunia (FIFA) pernah meminta FA Sepanyol menggugurkan peraturan ini pada tahun 2016.

Selepas itu Valencia cuba mengikut jejak Barcelona selepas 2 pemain pertahanan tengah mereka mengalami kecederaan.

Setiap pemain di Sepanyol mempunyai klausa pelepasan. Ada yang realistik, ada yang tidak. Barcelona membayar £15 juta untuk Braithwaite yang menyertai Leganes dari Middlesbrough pada musim panas lepas.

Braithwaite tidak boleh bermain di Liga Juara-Juara kerana tarikh pendaftaran pemain telah berlalu, tetapi beliau boleh bermain dalam baki semua 14 perlawanan La Liga.

Beliau mungkin akan memenangi medal La Liga jika Barcelona dapat memintas kelebihan 1 mata yang dimiliki oleh Real Madrid.

“La Liga perlu menyemak semula peraturan ini,” kata wartawan bola sepak Eropah Raphael Honigstein di BBC Radio 5 Live Daily Football.

“Ia masuk akal untuk kes penjaga gol, tetapi mengambil penyerang lain kerana satu pemain mempunyai kecederaan ianya agak gila.”

Barcelona menjual 2 pemain pada Januari, salah satu sebab mereka kekurangan pemain dan menggunakan peraturan tersebut.

• Adakah Barcelona perlukan Braithwaite?

Barcelona sebenarnya masih mempunyai penyerang. Barisan hadapan pasukan ini ketika menentang Malaga pada perlawanan lepas merupakan antara termahal di dunia.

Lionel Messi, Antoine Griezmann dan Ansu Fati.

Ketika jendela perpindahan pertengahan musim hampir ditutup, Barcelona menjual Carles Perez -pemain sayap Sepanyol B-21- dan Abel Ruiz ke AS Roma dan Braga.

Charles Perez bersama Abel Luis dijual pada tetingkap perpindahan Januari

Barcelona membeli penyerang Braga, Francisco Trincao tetapi membenarkan pemain itu kekal di kelab lamanya sehingga tamat musim.

Ironinya, pada hari yang sama mereka mengesahkan Braithwaite akan dibawa masuk kelab. Perez dan Ruiz telah menjaringkan gol debut di Liga Europa bersama kelab barunya.

“Abel sepatutnya berguna,” kata wartawan bola sepak Sepanyol, Guillem Balague.

“Barcelona mungkin fikir Abel bersedia untuk bermain bersama pasukan utama tetapi dalam keadaan inilah pasukan perlu mengangkat pemain di peringkat lebih tinggi.”

Pada Januari lepas, Barcelona berminat dengan penyerang Valencia, Rodrigo. Tetapi tidak sanggup membayar yuran perpindahan yang bernilai £50.

Timo Werner dari RB Liepzig dan Pierre-Emerick Aubameyang dari Arsenal juga menjadi pemain sasaran mereka.

“Mereka gagal melakukan perancangan yang betul.” kata pakar bola sepak eropah, Mina Rzouki kepada BBC Radio

“Mereka menjual Perez dan Ruiz. Mereka sedar Suarez mengalami kecederaan panjang. Bagaimana pengurusan Barcelona agak buruk dan kesannya Leganes tidak mampu berbuat apa-apa.”

Barcelona juga mempunyai 2 pemain antarabangsa dalam pasukan B, yang bermain di divisyen ke-3 Sepanyol.

Hiroki Abe, 21 bermain 3 kali bersama Jepun pada Copa America lepas. Penyerang ini tampil 79 kali bersama Kashima Antlers sebelum berpindah ke Barcelona B musim panas lalu.

Pemain kebangsaan Jepun, Abe berada di skuad B

Beliau mempunyai klausa pelepsan £33.5 juta, yang mana telah meningkat menjadi £83.9m ketika beliau bersama pasukan pasukan utama.

Rey Manaj pula yang berada di bangku simpanan ketika menentang Malaga telah bermain 16 kali di Serie A bersama Inter Milan dan Pescara.

• Adakah Braithwaite akan bermain di Barcelona?
• Adakah Braithwaite akan kekal di Barcelona pada musim depan?

Pada musim lepas Barcelona membuat kejutan apabila meminjam Kevin-Prince Boateng dari Sassuolo. Pemain tengah dari Ghana ini dipinjam pada Januari hanya bermain sebanyak 4 kali.

Kes Braithwaite sangat berbeza. Pemain ini menelan belanja besar dan menandatangani perjanjian kontrak selama empat setengah tahun.

“Braithwaite memerlukan banyak panduan taktikal. Saya baru saja bersama dengan -legenda Sepanyol- David Villa.

“Villa memberitahu saya dia banyak menghabiskan masa belajar tentang taktikal sebagai penyerang ketika bersama Barcelona.” kata Balague

“Dengan Barcelona anda perlu tahu banyak perkara. Itulah kebimbangan saya, Braithwaite tidak mempunyai banyak masa untuk belajar.

“Ramai beranggapan Braithwaite akan digunakan dengan serta-merta. Mungkin tidak digunakan menentang Eibar pada hari Sabtu ini.

“Lihat apa yang berlaku nanti. Brauthwaite akan tampil dalam banyak perlawanan? Tiada siapa yang tahu.”

Balague juga berkata jika pemain Denmark ini kekal di sana pada musim depan, Barcelona tetap perlukan seorang pemyerang baharu.

• Adakah Braithwaite pemain yang gagal di Middlesbrough?

Sepanjang beliau berada di Riverside, beliau diingati sebagai pemain yang mempunyai beberapa kontroversi. Pada permulaannya Braithwaite disambut dengan baik dan menyamakan dirinya dengan Juninho.

Namun segalanya tidak menjadi. Braithwaite hanya menjaringkan sembilan gol dalam 40 penampilan dan 2 kali meminta untuk keluar dari kelab.

Beliau merupakan salah satu daripada beberapa pemain besar yang dibeli pada musim panas tahun 2017. Dengan harga £ 9 juta dari kelab Perancis Toulouse, ketika Middlesbrough mahu bangkit dan kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Braithwaite menunjukkan kemampuannya di bawah pengurus Garry Monk. Pengurus yang membawa beliau masuk ke Middlesbrough.

Namun Monk dipecat dan digantikan oleh Tony Pulis pada bulan Disember. Braithwaite hanya bermain 3 kali di bawah Pulis sebelum dipinjam keluar ke Bordeaux untuk separuh musim ke-2 musim itu.

Sekembali dari pinjaman, Braithwaite melakukan kejutan apabila menjaringkan 3 gol dalam 4 perlawanan awal musim seterusnya.

Tetapi penyerang Denmark ini sekali lagi memohon keluar dari kelab sebelum jendela perpindahan ditutup pada Ogos.

Middlesbrough tidak membenarkan dan selepas itu Braithwaite gagal menjaringkan sebarang gol dalam 14 perlawanan seterusnya. Pemain ini akhirnya dipinjam keluar ke Leganes pada Januari.

Pada bulan Mac, Braithwaite mula merosakkan hubungannya dengan Middlesbrough. Beliau berkata tidak mahu kembali ke sana kerana Pulis mempunyai cara bermain bola sepak yang pelik.

Tindakan itu mendapat reaksi Pulis. Pulis mengatakan pemain ini tidak akan kembali lagi kerana tidak menunjukkan rasa hormat kepada kelab.

“Saya telah berurusan dengan ramai pemain sepanjang karier saya. Sesetengahnya boleh membuatkan rambut anda berkedut.

“Dia keluar dari kelab, pergi kesana dan berkata demikian. Ini menjadikannya sebagai orang yang tidak tahu berterima kasih.”

Braithwaite akhirnya menjadi pemain kekal di Leganes selepas 6 bulan dipinjamkan. Peminat Middlesbrough tidak sedih dengan kehilangannya. Beliau dikatakan menjadi pemain terburuk yang pernah dibawa masuk oleh kelab sejak 25 tahun lepas.

Apabila Barcelona membeli Braithwaite dari Leganes, Leganes agak marah. Kelab ini sedang berdepan dengan zon penyingkiran dan kehilangan Braithwaite menjadikan mereka tidak mempunyai penyerang.

 

Braithwaite menjaringkan 9 gol dalam 18 perlawanan pada musim 2019/20.

Leganes tidak dibenarkan menandatangani pemain gantian kerana tiada peraturan yang membenarkannya.

Martin Ortega mengkritik peraturan yang dilihat hanya memberi kelebihan kepada kelab besar

Ketua eksekutif Leganes, Martin Ortega berkata peraturan hanya memanfaatkan kelab besar seperti Barcelona dan kelab kecil seperti Leganes hanya meraih kesan buruk.

Tambahnya lagi suara kelab kecil perlu didengari kerana pasukannya berada dalam kerosakkan besar kerana peraturan tersebut.

“Kami tidak dapat memahami peraturan yang membolehkan sebuah kelab yang mempunyai pemain cedera menyelesaikan masalah seperti ini dengan memindahkan masalah mereka ke kelab lain.

“Orang ramai akan memikirkan Barcelona boleh melakukan apa yang mereka suka.

“Saya tidak pasti ia satu langkah pemasaran yang hebat, mereka mempunyai tulisan Unicef ​​di belakang baju mereka dan mereka secara langsung menyebabkan pasukan lain tersingkir (dari La Liga).”

sumber bbc sport