RAC1 melaporkan bahawa Barcelona membuat mesyuarat tergempar berikutan satu tawaran tajaan luar biasa dikemukakan Nike kepada mereka.
Tajaan tersebut akan menjadi tajaan terbesar dalam sejarah kelab itu dan juga dalam sejarah bola sepak.
Kontrak tersebut bernilai €1.7 billion (RM6.6 billion) dalam masa 14 tahun bersamaan €121 juta / RM567 juta semusim.
Majlis memeterai kontrak tersebut adalah dijadualkan dalam minggu ini. Bertindak cergas dengan tawaran itu Barcelona dilaporkan mengadakan mesyuarat tergempar pada malam semalam. sehingga ke awal pagi.
Hari ini, kelab memanggil semua lembaga pengarah untuk mesyuarat kecemasan dan meminta mereka meluluskan kontrak tersebut.
Mereka akan mengadakan satu lagi mesyuarat luar biasa selepas ini untuk membincangkan kontrak tersebut.
Nike telah banyak membantu Barcelona ketika kelab itu berdepan masalah kewangan kritikal.
Sehingga 2028, kenaikan tajaan itu mencecah €45 juta ke €48 juta setahun itu turut termuat klausa bonus €10 juta yang merupakan bonus tandatangan ke atas kontrak.
Kemudian daripada 2028 sehingga 2038, kontrak itu akan mendapat kenaikan lagi sekitar €58 juta ke €60 juta setahun.
Barca akan mengendalikan perniagaan atas talian di peringkat antarabangsa yang boleh membantu meningkatkan pendapatan kelab.
Barca juga akan mengawal penuh label kelab itu yang sebelum ini hanya boleh mereka lakukan di kedai runcit mereka di Sepanyol, selain itu, jersi vintaj dan retro juga tidak aklan terikat dengan label Nike semata mata, dan Barca boleh menjualnya di peringkat global.
Barcelona juga berpeluang untuk melancarkan jenama kasutnya sendiri dengan jenama Barca.
Klausa penalti dalam kontrak ‘bonus prestasi’ juga dimansuhkan, di mana Barcelona tidak perlu membayar penalti jika mereka gagal memenangi piala atau tersingkir awal daripada UCL
Darren Dein sekali lagi akan menjadi komisioner yang membantu dalam transaksi kontrak ini, sama seperti ketika dia mengendalikan tajaan Spotify. Dia akan menerima komisen pasaran.