Barcelona Desak De Jong Terima Tawaran Manchester United Atau Disingkirkan Dari Jelajah Amerika

Barcelona dilaporkan mendesak dan memaksa De Jong untuk berpindah segera ke Manchester United.

Ini selepas pemain itu tidak mahu menerima pemotongan gaji di kelab tersebut. Seterusnya De Jong juga enggan mendengar cadangan agar dia melupakan sahaja tunggakan gaji €13 juta daripada €17 juta  yang berlaku pada musim pandemik lalu.

Barcelona cuba menjual De Jong sejak awal jendela perpindahan lalu. Namun usaha itu gagal kerana pemain itu mahu terus kekal di Barca.

Xavi kemudian menjelaskan kepada De Jong, kelab mahu menjualnya bukan hanya kerana mereka perlukan wang. Tetapi alasan lain adalah kerana BOD Barca tak berpuas hati dengan prestasi De Jong sejak menyertai kelab itu.

De Jong dikatakan mulai tertarik untuk ke Manchester United. Barca dan Man United melakukan perbincangan yang sangat panjang. Dua bidaan Man United ditolak kerana tidak menepati tanda harga EUR80 juta dimahukan Barca.

Akhirnya presiden Barca mulai berikrar untuk melakukan apa sahaja bagi mengekalkan De Jong. Laporta kemudian menegaskan bahawa di pihaknya dia mahu De Jong kekal kerana dia pemain berkelas dunia. Ketika itu Barca mulai menerima suntikan dana EUR200 juta.

Ia dilihat sebagai pengakhiran kepada pemburuan De Jong oleh Manchester United.

Namun Laporta menambah De Jong pula harus menerima pemotongan gaji. Kelab turut menyarankan agar De Jong melupakan tunggakan gaji €13 juta daripada €17 musim lalu. Bermakna dia hanya menuntut €4 juta sahaja.

De Jong tak setuju. Ia telah membuatkan Barcelona memutuskan untuk menjual semula pemain itu. Manchester United dan Barcelona kemudian dilaporkan mencapai kesepakatan harga dengan pakej keseluruhan €85 juta. €75 juta dilaporkan dibayar tetap dan €10 juta adalah bonus.

Barca cuba meyakinkan De Jong bahawa perpindahan ke United adalah yang terbaik untuk karier pemain itu.

Tetapi United bergelut untuk mencapai kesepakatan secara peribadi dengan De Jong.

Ejen kepada pemain itu telah bercakap sendiri dengan delegasi Manchester United bahawa kliennya, De Jong masih mahu kekal di Barca. Ali Dursun dikatakan meminta agar Man United menghentikan pemburuan De Jong. Kerana pemain itu mahu terus kekal di Barca.

Berita itu benar benar mengecewakan Barca. Yang kemudian mengancam bahawa De Jong akan berdepan risiko dibekukan oleh kelab jika menolak perpindahan ke Manchester United.

Perkara yang sama dilakukan Barca kepada Dembele yang enggan melanjutkan kontraknya musim lalu. Namun tindakan membekukan Dembele tak lama. Dia terlibat semula dengan pasukan dan berbaik semula dengan pengurusan Barca. Dembele malah menandatangani kontrak baharu dengan Barca sehingga 2024.

Kedegilan De Jong membuatkan Barca sedia bermain dengan buah keras dengan pemain itu. Dia diberitahu agar dia mesti menerima tawaran tersebut.

Jika tidak, dia berisiko untuk ditinggalkan daripada jelajah pra musim di Amerika.

Ini kerana jika De Jong menerima perjanjian itu, kelab akan berpeluang mendaftarkan beberapa penandatanganan baharu seperti Christensen, Kessie, Raphinha serta memperbaharui kontrak Sergi Roberto.

Walaupun sudah mengumumkan secara rasmi 3 pemain baharu tersebut, namun Barca masih gagal mendaftarkan mereka ke dalam La Liga kerana akaun FFP Barca masih sakit.

Barca berusaha untuk memastikan pemain pemain itu rasmi didaftarkan dengan melakukan beberapa usaha perlarasan semula gaji pemain. Mereka turut cuba menjual Umtiti, Memphis Depay dan Braithwaite dalam jendela perpindahan kali ini.

Penjualan De Jong akan membuka peluang besar untuk mendaftarkan Robert Lewandowski.

Xavi memberitahu kelab bahawa dia boleh meneruskan projeknya tanpa De Jong kerana posisi itu ada pemain muda lain seperti Pedri, Gavi, Nico, Pablo Torre atau Kessie.

Jadi, ianya minggu yang rumit untuk De Jong, Barca dan Man United.

Baca yang lain