Barcelona Didakwa Atas Tuduhan Bayar Pengadil

Polis Sepanyol menggeledah pejabat Jawatankuasa Pengadil, sebagai sebahagian daripada prosedur penyiasatan ke atas Barcelona atas tuduhan korupsi membayar pengadil pada satu masa dulu.

Barcelona berdepan pertuduhan melakukan korupsi kerana membayar Jose Maria Enriquez Negreira, yang pada masa itu menjadi timbalan presiden Jawatankuasa Pengadil. Bayaran itu didakwa untuk membolehkan Barca mendapat kelebihan daripada keputusan pengadil.

Barcelona masih berkeras menafikan bahawa mereka melakukan kesalahan. Sebelum ini Barca menegaskan bayaran itu hanyalah untuk konsultansi tentang pengadil. Negreira akan memberikan panduan tentang kecenderungan seseorang pengadil dalam tugasan mereka.

Barca menegaskan ianya sebahagian daripada usaha mereka dalam menganalisis bola sepak termasuk aspek pengadilan. Pada 11 Mac lalu, Barcelona secara rasminya didakwa di mahkamah atas kesalahan melakukan amalan merasuah pengadil.

Kesalahan itu dilaporkan berlaku dari 2001 sehingga 2018. Pendakwaraya menyatakan bahawa Barca telah membayar firma milik bekas pengadi Negreira yang ketika itu memiliki pengaruh dalam organisasi pengadil di Sepanyol. Oleh kerana kes itu, 2 bekas presiden kelab Barcelona iaitu Sandro Rosell dan juga Jose Maria Bartomeu turut diminta tampil ke mahkamah.

Barcelona telah dituduh membayar sejumlah €7.3 juta di antara 2001 sehingga 2018. Pendakwaraya mendakawa bahawa bayaran itu adalah agar Barcelona mendapat kelebiha daripada pengadil ketika beraksi di atas padang.

Selain itu Barcelona malah boleh memilih mana pengadil yang mereka suka untuk mengadili perlawanan mereka. Ianya dikatakan telah membantu Barcelona dalam usaha memenangi trofi dalam sesuatu pertandingan.

Barcelona dilaporkan cuba menghentikan bayaran itu. Akhirnya menerima satu faks ugutan daripada Negreira yang mengancam akan mendedahkan tentang perkara itu jika dia dan beberapa pengadil lagi tidak mendapat bayaran seperti dijanjikan Barca.

Barcelona sudah menafikan dakwaan mereka membayar pengadil kerana mahu pengadil bersikap pilih kasih dan memihak kepada mereka. Mereka menjelaskan bahawa bayaran itu adalah untuk membantu pegawai pasukan mereka dalam data dan analisis.

Data digunakan untuk kegunaan pemain. Di mana pemain akan mengenali corak pengadil seseorang pengadil yang berbeza.
Jadi, pemain pemain mereka akan dibekalkan informasi tentang bagaimana mereka boleh bertindak berdepan dengan pengadil yang berbeza.

Dan sekali lagi mereka membuat penafian perkara itu. Menyatakan bahawa Barca akan sedia bekerjasama bagi membersihkan nama baik kelab itu. Presiden La Liga, Javier Tebas sudah mengesahkan bahawa LaLiga akan memberikan kerjasama jika diperlukan oleh mahkamah.

Tebas malah mendesak agar Barcelona melakukan sendiri siasatan dalaman ke atas perkara itu. Beberapa bulan lalu, Atletico meminta agar Barcelona dikenakan tindakan berat.

Terbaru, ibu pejabat jasatankuasa pengadil Sepanyol telah digeledah oleh polis. Barcelona didakwa bersalah menyuap €7.3 juta kepada Negreira dan syarikat miliknya, Dasnil 95. Bayaran dari Barcelona kepada Negreira itu mulai disiasat selepas Agensi Cukai Sepanyol menyiasat tentang kesalahan cukai dilakukan syarikat itu.

Barcelona mengakui mereka membayar Dasnil 95, tetapi ianya atas alasan untuk mendapatkan sokongan teknikal. Bagi membekalkan laporan tentang pengadil dalam bentuk video. Informasi itu akan digunakan oleh staf kejurulatihan Barca.

Lebih mengejutkan apabila Barca menegaskan bayaran seperti itu perkara biasa dilakukan kelab kelab besar agar tidak menjadi mangsa buli keputusan pengadil. Sambil menegaskan mereka melakukannya kerana pengadil terlalu banyak memihak Real Madrid.

Pada 18 Februari lalu, 18 daripada 19 kelab La Liga selain Barca mengeluarkan kenyataan menyatakan mereka bimbang dengan situasi ini. Jika didapati bersalah Barca boleh berdepan hukuman sangat berat termasuk tidak dapat beraksi di UCL atau dilucutkan kesemua kejuaraan domestik mereka pada tahun yang terlibat. Barca juga boleh berdepan hukuman disingkirkan ke divisyen bawahan.

Namun setakat ini Joan Laporta menyatakan tidak ada apa yang Barca perlu risaukan kerana mereka tak pernah membayar pengadil atas tujuan berpihak kepada mereka.