Barcelona Jangka Man United Akan Tawarkan Maguire Atau Rashford Untuk Dapatkan De Jong

Erik Ten Hag sudah sedia untuk membina semula Manchester United dengan darah muda. Antara pemain yang dikaitkan dengan Ten Hag termasuk Frenkie De Jong.

Sebelum ini De Jong menjadi asas pembinaan Ajax bersama beberapa rakan yang lain termasuk Donny Van De Beek dan Matthijs De Ligt. Kesemuanya pergi ke kelab besar lain.

Erik Ten Hag kini menjadi pengurus Manchester United. Di mana dia memiliki kuasa untuk memiliki beberapa pemain beliau mahukan berbanding di Ajax. Di mana beliau agak sukar mendapatkan pemain bintang atau mengekalkan bintang muda Ajax yang menyinar.

De Jong bekerja di bawah Ten Hag di Ajax dan berkembang menjadi salah seorang pemain tengah terbaik di dunia pada musim 2018/19, di mana mereka mengharungi kejayaan yang tidak dapat dilupakan ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah ketika ini.

Itu menyebabkan Barcelona sanggup membayar €75 juta untuk pemain antarabangsa Belanda itu.

Di saluran Twitchnya, wartawan Gerard Romero berkata Ten Hag mahu bersatu semula dengan De Jong tetapi Barcelona percaya United mungkin cuba dan mengatur perjanjian pertukaran pemain tambah dengan tunai.

Dan agak mengejutkan apabila kapitan Harry Maguire adalah salah satu daripada tiga nama yang disebut sebagai pemain yang berpotensi menarik minat Barca untuk mempertimbangkannya.

Pemain pertahanan England itu telah dikritik secara meluas berikutan beberapa siri persembahan buruk musim ini dan masa depannya sebagai kapten tidak jelas.

Ten Hag malah mahu memilih sendiri kapten baharunya. Namun tidak menolak untuk mengekalkan Maguire sebagai kapten kelab.

Beberapa nama yang dikaitkan dengan jawatan kapten pada era Ten Hag termasuk David De Gea dan Bruno Fernandes.

Namun Man United percaya Barcelona akan tertarik dengan Maguire kerana pasukan itu turut mencari bek tengah yang baharu untuk menggantikan Gerard Pique yang sudah semakin menuju ke fasa akhir kariernya.

Mungkin Maguire akan bangkit sekali lagi di Barcelona, siapa tahun?

United membayar £80 juta, bayaran rekod dunia untuk seorang pemain pertahanan, untuk membawanya masuk dari Leicester City pada 2019.

Seorang lagi pemain Barca fikir United akan cadangkan ialah Marcus Rashford, yang juga mempunyai kempen yang mengecewakan dengan United musim ini.

Barcelona sudah lama meminati Rashford. Namun prestasi semasanya membuatkan kelab Catalan itu agak diam sikit dengan perkembangan pemain itu.

Graduan akademi itu kelihatan tidak mempunyai sebarang keyakinan dan hanya menjaringkan lima gol dalam semua pertandingan – kali terakhir dia menembusi gawang lawan adalah pada Januari.

Paling ngeri Roy Keane menganggap Rashford ni terlalu suka senyum. Dan ianya tak bagus untuk pemain penyerang. Kata Keane la. Bukan aku yang cakap tau.

Keane dalam analisisnya baru baru ini berkata: “Setiap kali saya tengok dia memanaskan badan, dia tersenyum sepanjang masa. Saya tak suka la dengan pemain pemain yang senyum banyak sangat ni.”

Bek kiri Alex Telles juga telah dikaitkan dengan Barca.

Seterusnya, sumber yang sama menyatakan, ketika ini Barca lebih berminat dengan Scott McTominay dan Anthony Elanga.

Pengurus sementara Ralf Rangnick, yang akan menjadi pengurus Austria di samping peranan baharunya sebagai perunding, sudah pun berkata United mungkin memerlukan seramai SEPULUH pemain baharu.

Ten Hag didakwa bersedia untuk membina pasukan utamanya di sekitar lapan pemain – termasuk pemain muda Hannibal Mejbri, Alejandro Garnacho dan James Garner.

Dia nampaknya melihat orang seperti Bruno Fernandes dan Jadon Sancho sebagai pusat rancangannya pada masa akan datang.

Jadon Sancho semakin meningkatkan permainannya di Manchester United dalam beberapa bulan terakhir ini.

 

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil