Barcelona Jual Rumput Nou Camp Bungkus Ikat Tepi Untuk Tambah Dana Kelab

Hasilnya mungkin jauh daripada ‘tuil’ kewangan yang digunakan Barcelona sebelum ini untuk mendapatkan dana tambaha, namun usaha Barca menjual rumput Nou Camp dianggap antara salah satu cara yang boleh mereka gunakan untuk meraih sedikit pendapatan.

Idea ini mungkin nampak mengarut. Namun daripada hanya membiarkan rumput itu dibuang begitu saja, lebih baik ianya dijual dan dijadikan kenang kenangan oleh peminat.

Sekurang kurangnya langkah ini boleh mengelakkan pembaziran begitu sahaja oleh kelab.

Sebenarnya idea ini wujud ketika Barca sedang berkira kira untuk mengubahsuai semula stadium Nou Camp termasuk padangnya.

Idea ini mula diwar warkan media pada tahu lalu. Walaupun ada beberapa peminat Barca menganggap laporan itu cuma berbentuk troll. Takkanlah sampai nak jual rumput padang?

Rumput padang stadium stadium ikonik kerap menjadi buruan para kolektor yang datang bertandang. Sehinggakan ada banyak stadium melarang sama sekali pengunjung yang datang untuk jelajah stadium membuat kerosakan pada rumput.

Kini Barca telah membuka peluang untuk peminat Barca dan kolektor membeli sendiri rumput di Stadium Nou Camp yang ikonik. Tempat merumputnya pemain handalan seperti Lionel Messi dan ramai lagi.

Ramai yang memperli Barcelona sebagai kelab yang benar benar pokai sehingga menjual rumput stadium.

Namun begitu, jualan nampaknya berjalan lancar, dengan kedua-dua versi €50 (sekitar RM250) dan €420 (sekitar RM2104.00) kini dipaparkan sebagai sudah habis dijual di laman web rasmi kelab.

Seperti yang dinyatakan di atas, tindakan ini sebenarnya ada logiknya juga. Kerana Barca selepas ini akan melakukan kerja kerja pengubahsuaian di Nou Camp.

Barcelona akan bermain di Estadio Lluis Companys sehinggalah Nou Camp siap diubahsuai dan dibangunkan semula.

Sebenarnya Real Madrid sudah mengambil langkah itu lebih awal dengan menjual rumput Bernabeu yang ikonik. Peminat boleh bungkus ikat tepi rumput tersebut.

Hal ini kerana padang Bernabeu yang lama sudah digantikan dengan padang mudah alih yang canggih.

Minggu lalu, Real Madrid berkongsi video yang menunjukkan padang mudah alih di stadium Stadium Santiago Bernabeu.

Real Madrid telah bermain perlawanan pertamanya di stadium Santiago Bernabéu yang telah diubah suai hasil kerja studio seni bina L35, Ribas & Ribas dan GMP Architecten.

Video yang dikeluarkan oleh kelab itu menjelang perlawanan pertama di stadium yang telah diubah suai itu menunjukkan struktur baharu yang sebahagian besarnya lengkap dan bumbungnya yang boleh ditutup.

Real Madrid kembali ke stadium keramat mereka ketika melayan kunjungan Getafe pada 2 September dalam perlawanan pertama kelab itu sejak pengubahsuaian bermula.

Bumbung yang boleh dibuka dan ditutup mengikut kesesuaian acara itu sangat menarik perhatian.

Selain itu, terdapat juga penambahan teres tempat duduk di sekeliling stadium dan juga padang mudah alih. Di mana padang itu ada ruang penyimpanan khas di bawah tanah.

Reka bentu moden itu membolehkan stadium ini digunakan untuk acara berskala besar termasuk konsert. Padang yang boleh dialihkan akan ditempatkan di enam aras bawah tanah.

Terdapat sistem pengairan bawah tanah yang canggih dan pencahayaan ultraungu untuk mengekalkan kualiti rumput.

Pengubahsuaian itu juga akan menyaksikan kapasiti stadium dinaikkan daripada sekitar 81,000 kepada 85,000, walaupun hanya lebih 66,000 yang menyaksikan perlawanan pembukaan pada minggu lalu.

Namun selepas ianya siap sepenuhnya, kapasiti itu boleh dimaksimumkan.

Bermula pada tahun 2019, pengubahsuaian stadium itu direka oleh syarikat L35 dan Ribas & Ribas serta syarikat Jerman, GMP Architecten.

Santiago Bernabéu pada asalnya dibina pada tahun 1947 dan direka oleh arkitek Manuel Muñoz Monasterio dan Luis Alemany Soler.

Ia telah melihat beberapa penambahan dan pengubahsuaian sejak itu.

Saksikan video khas di sini.