Barcelona Kecam Penyokong Serang Kereta Koeman Di Luar Stadium

Segelintir peminat Barcelona sudah hilang sabar dengan Ronald Koeman dan sudah lama melancarkan kempen Koeman Out.

Ini selepas pengurus tersebut dianggap tidak cukup bagus untuk mengendalikan pasukan mereka. Selain itu tindakan Koeman sebelum ini ketika melayan teruk Luis Suarez juga turut memberikan kesan kepada kurangnya populariti beliau di mata penyokong Barca.

Dalam aksi berdepan Real Madrid di Nou Camp pada aksi el clasico, Barcelona kalah 1-2.

David Alaba dan Vazquez meletakkan Real Madrid dua gol di hadapan. Sebelum Aguero menjaringkan gol pertamanya untuk Barca pada masa kecederaan yang sangat lewat.

Tekanan terus memuncak pada Koeman. Dan ada sekelompok penyokong bertindak menyerang kereta Ronald Koeman ketika pengurus itu bergerak meninggalkan perkarangan stadium.

Ada yang menahan dan mengetuk kerena Koeman. Beliau yang berada di dalam kereta kekal tenang dan cuba mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Para penyokong Barca menjerit: “Pergi berambus sekarang!”

Koeman perlahan lahan keluar daripada kelompok tersebut dan beredar.

Barcelona kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan yang dianggap satu keganasan oleh penyokong.

Barca juga memberikan amaran bahawa kelab akan merujuk kepada pegawai keselamatan kelab dan tindakan disiplin akan diambil.

Kenyataan rasmi kelab berbunyi: “FC Barcelona secara terbuka mengecam tindakan keganasan dan biadap ke atas pengurus kelab kita yang melalui pengalaman tersebut ketika meninggalkan Nou Camp.”

“Kelab akan mengambil tindakan keselamatan dan disiplin ke atas kejadian yang tidak diingini itu agar ianya tidak akan berlaku lagi.”

Ramai juga peminat Barcelona yang tidak setuju dengan tindakan kelompok tersebut yang disifatkan terlalu agresif dan boleh mencetuskan perkara yang lebih buruk.

Saksikan insiden itu di sini:

Baca yang lain