Barcelona Kehilangan Lamine Yamal Dan Lewandowski Kerana Kecederaan

Dua pemain penting Barcelona, Lamine Yamal dan Robert Lewandowski disahkan mengalami kecederaan.

Ianya pasti memberikan sedikit tamparan hebat buat pendahulu La Liga itu.

Dua pemain tersebut menjadi nadi penting Barcelona pada musim ini. Membantu kelab itu berada di puncak liga dalam persaingan liga.

Ketiadaan Lamine Yamal dalam perlawanan sebelum ini sudah dirasai Barcelona. Ketika mereka menelan kekalahan kedua dalam liga musim ini.

Kekalahan tersebut turut diwarnai kontroversi apabila VAR tersilap kesan kasut pemain pertahanan lawan yang membuatkan gol Lewandowski itu dibatalkan.

Berbalik kepada isu melibatkan Lamine Yamal dan Lewandowski. Dua tonggak harapan Barca itu terpaksa berehat buat sementara waktu.

Terbaru, laporan menyebut, Lamine Yamal tidak akan dapat beraksi sekitar 3 minggu untuk pemulihan.

Sementara penyerang veteran mereka, Robert Lewandowski pula dijangka akan berehat sekurang kurangnya 10 hari kerana masalah kecederaan.

Ini juga bermakna, kedua dua pemain terlepas tugasan minggu antarabangsa pada kali ini.

Lamine Yamal mengalami kecederaan di bahagian buku lali. Sementara itu rakan sepasukannya, Robert Lewandowski pula mengalami sakit belakang.

Barcelona ketika ini dalam landasan terbaik untuk merampas kejuaraan liga daripada musuh tradisi mereka Real Madrid.

Namun harus diakui bahawa perjalanan musim ini masih sangat panjang.

Lamine Yamal melalui musim sangat cemerlang musim ini selepas dia diberikan peluang melakukan debut oleh Xavi musim lalu.

Dia membantu negaranya menjuarai Euro 2024 dan menjadi tonggak utama La Roja dalam pertandingan tersebut.