Barcelona Ketuai Senarai 8 Kelab Paling Tinggi Berbelanja Kali Ini

Barcelona kini secara rasminya menjadi pasukan yang paling tinggi berbelanja di Eropah dalam jendela perpindahan musim panas kali ini selepas mereka mendapatkan Jules Kounde.

Walaupun sepanjang tahun ini diselubungi dengan beban hutang sejak musim pandemik, namun Barca tetap berjaya menjadi pasukan yang berbelanja paling tinggi setakat ini.

Barcelona sudah membelanjakan EUR153 juta dalam jendela perpindahan kali ini. Dan meraih EUR23 juta daripada penjualan pemain. Menjadikan perbelanjaan negatif mereka adalah EUR130 juta.

Selain Kounde, Barca sudah membeli Raphina, dan Robert Lewandowski. Dan beberapa pemain lagi datang secara percuma. Laporta sudah memberikan bayangan bahawa akan ada lebih banyak kejutan selepas ini.

Di tangga kedua adalah Bayern yang membeli Sadio Mane dan Matthijs De Ligt pada kali ini dan menjual Robert Lewandowski. Itu antara transaksi mereka. Bayern membelanjakan EUR137 juta dengan berjaya meraih ERU79 juta daripada penjualan pemain.

Arsenal, Manchester City dan Leeds merupakan 3 pasukan EPL yang berada dalam top 5. Di mana Arsenal pasukan EPL paling tinggi perbelanjaan mereka dalam usaha Arteta meneruskan proses pembinaan semula Arsenal. Dengan kemasukan pemain seperti Gabriel Jesus, Zinchenko, dan Fabio Vieira. Arsenal secara bersih mencatatkan perbelajaan -EUR118.

City walaupun berbelanja EUR108 juta namu  mereka memiliki perbelanjaan bersih yang menguntungkan kerana berjaya menjual pemain dengan nilai terkumpul EUR160 juta. Menjadikan mereka kelab yang menjana keuntungan EUR52 juta.

Mereka menjual pemain seperti Jesus, Zinchenko dan Raheem Sterling yang mampu memberikan mereka pulangan lumayan.

Leeds kehilangan Raphinha dan Kavin Phillips dalam jendela perpindahan kali ini. Walaupun menerima EUR108 juta namun mereka sudah membelanjakan angka yang sama untuk membeli pemain baharu.

Spurs dan Chelsea melengkapkan senarai 5 pasukan EPL dalam 8 pasukan berbelanja paling tinggi di Eropah setakat ini dalam jendela perpindahan musim panas.

Spurs antara pasukan yang paling agresif bertindak dalam jendela perpindahan kali ini. Mereka sudah mendapatkan nama nama seperti Clement Lenglet, Ivan Perisic, Richarlison, Yves Bissouma dan Fraser Foster.

Conte benar benar serius mahu menamatkan kemarau trofi di Spurs terutama sekali selepas beliau berjaya memujuk Harry Kane untuk terus komited bersama mereka.

Walaupun beberapa sasaran mereka disailang Barcelona, namun Chelsea tetap berjaya membawa Kalidou Koulibaly dan Raheem Sterling ke dalam pasukan mereka. Tuchel masih meminta pemilik kelab untuk mendapatkan sekurang kurangnya 3 lagi pemain baharu.

Sementara di tempat ke-8 adalah PSG dengan mengeluarkan EUR92 juta untuk dibelanjakan.

Ini adalah carta bagaimana perbelanjaan 8 pasukan paling boros di Eropah kali ini. Hanya Man City yang meraih keuntungan daripada 8 senarai teratas ini.

Baca yang lain