Kekuatan sesebuah kelab itu memang bergantung kepada fanbase dan kesetiaan penyokongnya.
Laporan oleh pakar kewangan bola sepak Eropah, Kieran Maguire mendedahkan bahawa Barcelona kini KING dalam kutipan pada hari perlawanan.
Salah satu sebabnya adalah kutipan tiket melibatkan pasukan Barcelona adalah paling tinggi di kalangan pasukan di Eropah.
Di mana Barcelona meraih sekitar €7.6 juta daripada kutipan hari perlawanan. Walaupun terpaksa menaikkan harga tiket untuk menampung kos pasukan mereka, dan beban hutang, Barca masih disokong peminat setianya.
Pada April, Football Espana melaporkan Barcelona terpaksa menaikkan harga tiket bermusim kelab itu ketika mereka terpaksa berpindah sementara ke Estadio Olimpic Lluis Companys di Montjuic.
Di mana kelab akan menjadikan stadium itu markas mereka sehingga November 2024.
Naib presiden Elena Fort menegaskan untuk musim ini, hanya 50,000 tiket bermusim atau tepatnya 49,472 pemegang pas bermusim tersedia untuk peminat rebut. Dan hanya ahli berdaftar dengan kelab sahaja boleh berbuat demikian.
Hal ini kerana kapasiti stadium itu lebih kecil. Namun daripada angka itu 27,000 tiket bermusim adalah ekslusif dijual hanya kepada mereka yang memiliki 85% kehadiran ke stadium pada musim lalu.
Sementara itu, tiket untuk Nou Camp musim hadapan semua ahli boleh merebut peluang mendapatkan pas bermusim. Dengan jumlahnya akan diumumkan kelak.
Kapasiti di Montjouic hanyalah 55,000 kira kira separuh daripada Nou Camp.
Tiket paling murah musim ini adalah €325, ianya lebih dua kali ganda daripada tiket paling murah di Nou Camp. Hanya 600 tiket tersedia untuk seksyen peminat yang bersorak. Disebabkan Barcelona dah mengharamkan ultras mereka Boixos Nois, jadi disebut pasukan sorak je la kan?
Seterusnya, untuk tiket paling mahal adalah €1,738, berbanding €1,191 musim sebelumnya.
Pengurusan Barcelona sudah menyatakan bahawa mereka sedar kenaikan harga tiket ini akan dikritik ramai. Namun mereka meminta peminat faham bahawa keputusan terpaksa diambil.
Dengan Barcelona dikawal sepenuhnya oleh ahli kelab, maka, kelab berharap semua orang memahami tentang perkara itu. Namun ramai juga yang menentang idea itu kerana stadium Lluis Companys dianggap tidak secanggih Nou Camp. Dan ada yang menyatakan kelab tidak memaklumkan dengan jelas kepada semua ahli mereka.
Walaupun ada kritikan diterima, ternyata peminat Barcelina yang digelar Culers sangat dedikasi kepada pasukan mereka. Di mana mereka antara penyumbang penting kepada pendapatan kelab terutamanya kutipan hari perlawanan.
Di bawah Barcelona adalah PSG dan juga Spurs.
PSG mengumpul €6.6 juta setiap hari perlawanan mereka dan Spurs meraih €5.6 juta untuk setiap perlawanan. Seperti diketahui, Spurs adalah antara stadium yang menjual tiket perlawanan termahal di Eropah.
Berikut adalah senarainya:
UEFA financial report shows Spurs make more money per match than any other Premier League club and are third in Europe behind Barcelona and PSG pic.twitter.com/3zso0ma2aY
— Kieran Maguire (@KieranMaguire) February 17, 2024
Barcelona yakin selepas Nou Camp dibuka semula kelak, mereka akan bangkit daripada masalah kewangan yang ada.
Sebelum ini mereka terkesan dengan pandemik di mana stadium kosong. Dengan bil pasukan sangat tinggi ditinggalkan Bartomeu ketika itu. Sehingga satu ketika hutang mereka mencecah €1.3 billion.