Barcelona sekali lagi meletakkan Frenkie De Jong dalam senarai lelong. Sebelum ini Barca pernah cuba menjual pemain itu ke Manchester United dengan nilai €80 juta sahaja.
Barcelona mahu menjual De Jong untuk meraih wang pendapatan masuk ketika kelab mereka bergelut untuk mendaftarkan pemain baharu kerana masalah kewangan.
Namun De Jong ketika itu enggan berpindah. Dan kemudian Laporta mengesahkan bahawa pemain itu akan terus kekal di Barcelona sambil memuji De Jong sebagai pemain luar biasa.
De Jong diserap kembali ke dalam pasukan Xavi seperti biasa.
Kemudian Laporta menamatkan rundingan dengan Manchester United yang ketika itu benar benar berharap akan dapat membeli De Jong.
Dan kini pemain itu menjadi pemain yang mahu dijual oleh Barcelona sekali lagi.
De Jong benar benar gembira kerana dia mahu terus menempa kejayaan bersama dengan kelab dari Catalan tersebut.
Masalahnya kini, Barcelona sudah meletakkan tanda harga kepada mana mana kelab yang mahukan pemain tengah Belanda berusia 27 tahun ini. Jika De Jong terus kekal, dia akan memberikan impak kepada kewangan Barcelona.
Hal ini kerana De Jong akan menikmati kenaikan gaji luar biasa pada musim ini bersama sama dengan Robert Lewandowski – sebagaimana yang dijanjikan dalam kontrak mereka.
Oleh sebab itu, Barcelona sedia menjual De Jong dengan nilai perpindahan hanya €60 juta secara tetap. Mereka sebelum ini membeli De Jong dengan harga sekitar €92 juta dari Ajax.
Ketika itu Barca mendapat persaingan daripada banyak kelab lain. De Jong memilih untuk ke Barca.
Seterusnya, penjualan De Jong akan membolehkan Barcelona mendapatkan Martin Zubimendi yang memiliki gaji jauh lebih rendah. Pemain itu ada klausa pelepasan sekitar €60 juta.
Real Sociedad sudah menerima beberapa tawaran daripada beberapa kelab untuk mendapatkan Zubimendi. Cuma pemain itu ketika ini masih dalam pertimnbangan.
Jika dia berkata OK, pemain itu akan terus pergi kerana klausa pelepasan yang termaktub di dalam klausa kontrak Martin Zubimendi di Real Sociedad.
Zubimendi pemain yang beraksi di bahagian tengah, dan menjadi pemain yang cemerlang dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Barcelona sedar bahawa persaingan mendapatkan Zubimendi adalah kuat. Pemain itu menjadi sasaran Liverpool, Manchester United dan beberapa kelab lain lagi.
De Jong yang merupakan pemain tengah Barca dan Belanda, sebelum ini pernah menyatakan bahawa Barcelona adalah kelab impiannya dan disokongnya sejak kecil.
Dia sebelum ini turut membayangkan bahawa dia mahu terus kekal di Barcelona selama yang mungkin. Namun pemain itu kerap dilanda kecederaan dalam beberapa musim ini.
De Jong benar benar setia dengan Barcelona. Kerana dia suka dengan falsafah dan taktikal kelab tersebut. Tetapi Barcelona berharap pemain itu faham bahawa kelab terpaksa menjualnya kerana kelab masih berdepan dengan krisis ekonomi yang teruk.
Barca sebelum ini pernah menanggung bebanan hutang sehingga €1.3 billion. Banyak usaha dilakukan Laporta untuk mengurangkan angka hutang tersebut. Ini termasuk menjual beberapa aset kelab.
Barca turut banyak bertumpu kepada penandatanganan secara ejen bebas dan pemain yang sanggup menerima pengurangan gaji. Mereka juga banyak beroperasi dengan sokongan akademi dan pemain pemain muda.
Sehinggakan Xavi musim lalu berkata, kelab tidak mampu menyokongnya dari segi kewangan untuk mendapatkan pemain pemain baharu yang dia mahukan.
Selain itu Xavi juga yakin, jika Barca masih dalam keadaan krisis ekonomi, mereka akan terus ketinggalan di belakang Real Madrid dalam beberapa musim lagi.
Kenyataan itu membuatkan Laporta bengang dan memecat Xavi. Walaupun sebelum ini Laporta yang memujuk Xavi menarik balik perletakan jawatannya.