Barcelona Mahu Luis Suarez Untuk Menggantikan Luis Suarez

Barcelona dilaporkan berada dalam keadaan sangat terdesak untuk mendapatkan pengganti yang boleh menggantikan tempat untuk Luis Suarez yang kini sedang dibelenggu kecederaan.

Suarez berehat panjang selepas mengalami kecederaan beberapa minggu lalu. Dan senarai kecederaan Barcelona diburukkan lagi dengan kecederaan oleh Ousmane Dembele.

Pemain kebangsaan Perancis itu sudah menjalani pembedahan. Beliau akan berehat panjang sekali lagi.

Apa yang menariknya adalah, pasukan Barcelona kini dalam usaha untuk memburu Luis Suarez untuk menggantikan Luis Suarez. “Mind Blowing” bukan? Suarez untuk Suarez.

Seperti yang dikatakan oleh wartawan Santi Ovalle dari program radio Sepanyol El Larguero,
Barca kini berhadapan situasi kekurangan pemain di bahagian serangan.

Hal ini kerana Suarez kini sedang mengalami kecederaan lutut dan dijangka akan berehat panjang. Barcelona cuma ada Griezmann yang merupakan no.9 tulen di dalam pasukan mereka.

 

Mereka kini sedang giat mencari pengganti untuk menggantikan Suarez bagi mengharungi baki musim ini.

Pelbagai pemain sudah dikaitkan dengan pasukan Barca namun masih belum ada yang mereka berjaya miliki.

Dalam pada mereka berusaha mencari pengganti untuk pemain antarabangsa Uruguay itu, mereka telah bertemu dengan seorang lagi Suarez yang telah menarik minat mereka untuk membawa Suarez kedua itu ke Nou Camp.

Luis Suarez Kedua yang dimaksudkan adalah seorang pemain berusia 22 tahun dan berasal dari Colombia. Beliau pernah dipinjamkan ke Watford selepas ditandatangani semula oleh Granada pada tahun 2017.

Beliau kini dipinjamkan kepada pasukan kedua Real Zaragoza ,dimana beliau telah menjaringkan 14 gol dalam 24 perlawanan musim ini.

Barca telah menghubungi pemain itu untuk membuat rundingan. Dan mereka yakin pemain itu layak untuk dibawa ke Nou Camp.

Namun mereka tidak dapat membawa masuk pemain itu sekarang kerana jendela perpindahan Januari sudah tutup.

Mereka bercadang untuk membawa masuk pemain itu pada jendela perpindahan yang akan datang. Mengambil kira Luis Suarez yang sudah berusia dan kerap ditimpa kecederaan.

Walau bagaimanapun, hakikat bahawa Suarez pernah dipinjamkan ke Watford sebelum ke Zaragoza membuktikan mungkin pemain itu ada masalahnya juga.

Jika perjanjian itu dapat dilakukan, maka Suarez akan menjadi pemain ketiga bernama Luis Suarez yang pernah beraksi di Barcelona.

Luis Suarez yang ada ini adalah pemain yang mereka tandatangani dari Liverpool. Sebelum ini Barcelona ada legenda bernama Luis Suarez.

Kalau sebelum ini target mereka untuk membawa Bruno gagal, kini mereka mencuba untuk membuat rundingan mendapatkan Luis Suarez pula.

Sangat menarik untuk kita tengok sekiranya mereka berjaya mendapatkan Luis Suarez kedua kemudian Luis Suarez pertama pulih dari kecederaan.

Maka kita bakal melihat dua orang Luis Suarez beraksi dalam padang serta pasukan yang sama. Menarik bukan?

Baca yang lain