Barcelona Mahu Mulakan Rundingan €50 Juta Dapatkan Lewandowski

Bayern meletakkan tanda harga €50 juta untuk Lewandowski. Dilaporkan Barca akan meneruskan hasrat untuk membawa pemain tersebut .

Laporan di Jerman dan Bayern Munich akan memulakan rundingan minggu depan untuk perpindahan tersebut.

Barça telah memburu tandatangan penyerang Poland itu sejak musim lalu berakhir.

Lewandowski mempunyai baki satu tahun dalam kontraknya. Dan Bayern tidak berganjak dengan tenda harga diIetakkan ke atas penyerang itu.

Bayern malah lebih rela melihat pemain itu pergi secara percuma jika tanda harga tersebut tidak dipenuhi.

Blaugrana memberikan tawaran pertama sebanyak €32 juta ditambah €5 juta sebagai bonus. Namun tawaran itu  dipertimbangkan oleh Bayern.

Selain itu Bayern menjelaskan bahawa mereka tidak akan berunding tentang Lewandowski sehingga mereka menandatangani penyerang lain terlebih dahulu.

Langkah itu kini telah diambil dengan ketibaan Sadio Mane dari Liverpool. Oleh itu, Bayern akan mendengar tawaran daripada Barça — tetapi mereka akan bermula pada €50 juta.

Tawaran Barça berkemungkinan besar adalah €40 juta ditambah sehingga €8-10 jura sebagai bonus tambahan.

Lewandowski telah pun memainkan peranannya, menjelaskan dia mahu meninggalkan juara Jerman itu,  dengan Barcelona merupakan destinasi yang dia mahukan.

Barcelona masih berdepan dengan cabaran untuk mendaftarkan Lewandowski sekiranya mereka berjaya mendapatkan pemain itu.

Namun sebelum ini Barcelona pernah melakukan perkara yang sama ketika mendaftarkan Aguero serta membeli Ferran Torres Di mana mereka menandantangani dahulu pemain itu dan kemudian berusaha mengosongkan bil mereka.

Barcelona pada masa yang sama turut cuba menjual Frenkie De Jong dan Martin Braithwaite untuk memastikan akaun FFP mereka sihat bagi memberikan ruang untuk mendaftarkan Robert Lewandowski dan beberapa pemain lain lagi.

Lewandowski Mahu Sertai Barca Sebab Emosinya Di Bayern Sudah Mati & Kelab Tak Nak Dengar Cakap Dia

Robert Lewandowski berkata ada sesuatu telah mati dalam dirinya di Bayern Munich, ketika penyerang itu terus mendesak untuk pergi dan pergi ke Barcelona.

Pemain antarabangsa Poland itu, yang mempunyai baki setahun dalam kontraknya bersama juara Bundesliga itu, telah berulang kali membayangkan hasratnya untuk meninggalkan Allianz Arena sejak beberapa bulan lalu.

Walaupun, tiada pengesahan rasmi dibuat oleh pemain tersebut. Nampaknya, Lewandowski sangat berminat dengan perpindahan ke Camp Nou untuk langkah seterusnya dalam karier cemerlangnya.

Bagaimanapun, dia menghadapi pelbagai masalah, daripada keengganan Bayern untuk menjualnya kepada sama ada Barca mampu membayar yuran perpindahan serta mendaftarkannya kerana gajinya.

Ini kekal sebagai penghalang utama untuk merealisasikan langkah perpindahan.

Bagaimanapun, Lewandowski terus menyatakan dia tidak akan berada di Bavaria musim depan, mengatakan dia mahu meneruskan cabaran baharu di tempat baharu.

“Saya mahu pergi kerana saya mahukan lebih emosi dalam hidup. Mereka tak mahu mendengar pandangan saya sampai ke sudah. Ada sesuatu yang telah mati dalam diri saya — dan ianya sangat mustahil untuk saya melupakannya begitu sahaja.”

“Walaupun kamu mahu bersikap profesional, kamu tak boleh berpura pura untuknya.”

“Kesungguhan, emosi, keinginan, kemahuan untuk memberikan segalanya yang kamu ada untuk mencapai tujuan itu?”

“Saya rasa ianya berada dalam landasan tersebut. Saya terpaksa meninggalkan rakan rakan saya, yang saya luangkan masa bersama dengan mereka bertahun tahun lamanya. Ini adalah persahabatan sejati.”

Lewandowski menyatakan bahawa dia memberitahu Bayern awal awal dia mahu angkat kaki dan tak mahu menyambung kontrak baharu kerana berharap itu akan membantu kelab menjualnya segera daripada dia pergi secara percuma.

Pada masa yang sama dia meminta kelab mengenang jasanya selama 8 tahun bersama Bayern. Dia sentiasa sedia berjuang untuk kelab walaupun dalam kesakitan dan kecederaan sekalipun.

Lewandowski sangat berharap Bayern akan menerima tawaran Barca sahaja buat masa ini.

“Apabila kamu sudah berada di kelab ini bertahun tahun lamanya, kamu akan sentiasa bersedia untuk bermain walaupun dalam kecederaan dan kesakitan, kamu akan memberikan yang terbaik. Jadi, cara terbaik adalah untuk mencari penyelesaian untuk kedua dua belah pihak. Dan tidak hanya membuat keputusan atas dasar menguntungkan satu pihak sahaja.”

“Ini nampak tidak masuk akal selepas segala yang berlaku selama ini. Selepas berada di landasan kejayaan yang hebat seperti ini, serta peranan saya yang sentiasa bersedia dan menyokong pasukan, kesetiaan saya, dan rasa hormat saya kepada kelab, rasanya itu lebih penting daripada sekadar urusan perniagaan.”

“Pemain jenis apa yang mahu meninggalkan Bayern? Dan apabila mengetahui perkara seperti ini boleh berlaku kepada mereka? Di mana rasa hormat dan kesetiaan? Saya sentiasa bersedia berjuang, saya sudah bermain di sini 8 tahun yang indah, bertemu dengan insan insan hebat. Dan saya mahu kenangan ini kekal dalam diri saya selamanya.”

Walaupun kelab lain turut dikaitkan dengannya, laporan menunjukkan bahawa Barca akan menjadi satu-satunya destinasi Lewandowski mahukan jika dia meninggalkan Bayern.

Pemain berusia 33 tahun itu membayangkan perkara ini di tempat lain, sambil menambah: “Senarai kelab yang berminat dengan saya tidak begitu banyak.”

“Terdapat banyak perbincangan mengenai kelab tertentu. Saya tidak mempertimbangkan tawaran lain.”

Lewandowski telah menghabiskan musim yang sibuk, kedua-duanya bersama Poland dan telah dilihat menghadiri acara sukan lain seperti Terbuka Perancis, dan tidak mungkin melihat masa depannya diselesaikan sehingga rehat antarabangsa tamat.

Musim lalu, dia mengekalkan Kasut Emas Eropah, setelah memenangi anugerah itu buat kali pertama pada musim 2020-21. Dia juga berjaya memecahkan rekod Gerd Muller sebagai penjaring terbanyak dalam satu musim Bundesliga.

Barcelona mungkin berdepan masalah untuk mendapatkan Lewandowski. Kerana ketika ini mereka masih tidak dibenarkan mendaftarkan pemain pemain baharu sebelum akaun gaji pemain mereka diselaraskan sekali lagi.

Barcelona berdepan dengan beban hutang yang masih tinggi. Malah satu ketika mereka terpaksa mengambil inisiatif menyewakan Nou Camp untuk pasangan penganting yang mahu berkahwin di sana dengan harga mampu milik.

Laporta sudah melakukan banyak perkara untuk mengurangkan beban hutang Barcelona. Kemasukan penaja seperti Spotify memberikan tambahan dana. Namun masih tidak cukup.

Penandatanganan Ferran Torres dikatakan menjadi salah satu punca mereka berdepan masalah sekali lagi.

Kini Barcelona mahu menjual Frenkie De Jong dan memujuk pemain itu agar menerima perpindahan ke Old Trafford. Ini mungkin satu satunya harapan Barca untuk mendapatkan Lewandowski.

Sementara itu, pemain seperti Franck Kessie dan Andreas Christensen masih gagal didaftarkan.

Seterusnya jika perpindahannya ke Barca gagal direalisasikan Lewandowski tetap menyatakan bahawa dia tetap mahu meninggalkan Bayern Munich pada musim panas ini.

Baca yang lain