Barcelona Mahu Tamatkan Kontrak Umtiti Kerana Degil, Tak Mahu Pindah Ke Perancis

Sports ES melaporkan bahawa kesabaran Barcelona terhadap Samuel Umtiti sudah semakin menipis. Ini kerana Barcelona tidak berpuas hati dengan sikap pemain tersebut yang melengahkan keputusan untuk menyertai sebuah kelab di Perancis.

Sebelum ini Barcelona menerima bidaan dari kelab Perancis untuk mendapatkan Samuel Umtiti. Dan kelab sudah menyatakan kepada Umtiti bahawa pemain itu tidak diperlukan lagi di Barcelona.

Namun pemain itu meminta satu lagi peluang untuk membuktikan kualitinya kepada Ronald Koeman. Pengurusan Koeman dan staf kejurulatihan Barca kemudian berbincang dan setuju memberikan peluang kepada Umtiti untuk menunjukkan prestasinya dalam aksi pra musim.

Umtiti diturunkan dalam beberapa aksi pra musim. Malangnya pemain itu gagal untuk menunjukkan prestasi terbaik.

Dan Koeman menyatakan bahawa beliau tetap tidak mengubah pendirian bahawa pemain itu tidak diperlukan di Barca.

Kini Barcelona memberikan peluang terakhir kepada Umtiti untuk menerima tawaran daripada kelab Perancis tersebut. Ataupun Barca mempertimbangkan untuk menamatkan kontraknya daripada sebelah pihak.

Barca sangat kecewa dengan sikap Umtiti dalam usaha Barca mahu mengurangkan gaji pemain mereka. Sebelum ini Pique, Alaba dan Busquets setuju dipotong gaji untuk membolehkan Barca mendaftarkan Memphis Depay, Eric Garcia dan Rey Manaj.

Sergio Aguero ditangguhkan dahulu pendaftarannya kerana masih dalam kecederaan.

Umtiti tak peduli, nak kekal juga

Umtiti tetap mahu kekal di Barcelona, malah meminta kelab menghormati kontrak antara kedua dua pihak.

Namun Barca menuduh Umtiti sebagai mungkir janji. Ini kerana Umtiti dikatakan sudah berjanji, jika beliau gagal meyakinkan Koeman dalam pra musim ini, beliau akan menerima kontrak perpindahan dari kelab lain.

Situasinya kini, Umtiti mulai mahu Barca menghormati kontraknya yang masih ada sehingga musim panas 2023.

Barcelona kini hampir pasti gagal menemui persetujuan bersama dengan Umtiti dalam hal perpindahan ke kelab Perancis.

Seterusnya, Barcelona menuduh Umtiti sengaja tidak mengendahkan tawaran yang diletakkan di atas mejanya. Pemain itu tidak menelitinya atau berminat mahu membincangkannya.

Situasinya agak rumit. Dan Barca berkeras menyatakan bahawa Umtiti harus pergi meninggalkan kelab atau Barca akan mengambil tindakan perundangan dengan menamatkan kontrak pemain tersebut dari sebelah pihak tanpa perlu mendapatkan persetujuan Umtiti.

Dalam perkembangan lain, Barcelona turut masih gagal untuk menjual Clement Lenglet kerana tiada kelab yang berminat. Dan pada masa yang sama Fabrizio Romano menafikan Barcelona ada membuat rundingan dengan Pierre Emerick Aubameyang.

Sumber: Sports ES

Baca yang lain