Barcelona sudah ada senarai calon untuk menggantikan penyerang veteran mereka Robert Lewandowski.
Nama Erling Haaland dianggap calon utama untuk menggantikan pemain itu di Nou Camp.
Menurut laporan Florian Platenberg, Haaland dianggap penandatanganan impian di Barcelona.
Joan Laporta adalah peminat tegar Erling Haaland dan dia yakin akan dapat membawa masuk pemain itu ke kelab itu.
Sejak menyertai Man City pada 2021, Erling Haaland dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik di dunia.
Dia mengagumkan ramai dengan rekod 108 gol daripada 101 perlawanan. Dalam beberapa musim terakhir, dia adalah no.9 terbaik di EPL dan juga antara yang terbaik di Eropah.
Namun begitu Barcelona sedar akan persaingan daripada Real Madrid. Kerana kelab itu juga antara yang masih memantau perkembangan Erling Haaland.
🚨🔵🔴 Man City’s Erling #Haaland is FC Barcelona’s dream transfer, confirmed ✔️
However, we’ve been told that president Joan Laporta is currently not actively pushing for a move.
A transfer to #Barca next summer is unrealistic at the moment, and the 24y/o striker is not… pic.twitter.com/jzxteIq1Li
— Florian Plettenberg (@Plettigoal) October 18, 2024
Kontrak semasa Haaland akan berakhir pada 2027. Dan Barcelona berharap pemain itu tidak akan melanjutkan kontraknya di Man City.
Berdasarkan Transfermrkt, nilai semasa Erling Haaland mencecah €200 juta.
Laporta tidak akan terburu buru membawa masuk Erling Haaland. Jadi pemain itu sudah pasti tidak akan dibida oleh Barcelona pada tahun hadapan.
Ini ditambah dengan situasi ekonomi Barcelona yang masih dalam proses pemulihan. Kelab itu yakin mereka akan dapat pulih sepenuhnya dan kembali menjadi kelab yang berkuasa dari segi dana perpindahan selepas ini.
Erling Haaland sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia tidak dapat memberikan jaminan untuk terus kekal lama di Man City.
Namun apa yang pasti ketika ini dia gembira di kelab itu.