Barcelona Mahukan Koulibaly Namun Kecewa Napoli Minta Harga Mahal £34 Juta

Xavi Hernandes sudah mengenalpasti bek tengah sasaran utama beliau iaitu Kalidou Koulibaly yang kini bermain untuk Napoli.

Barcelona mahu membina projek baharu dengan menjadikan Koulibaly dan Ronaldo Araujo sebagai gandingan di bek tengah mereka.

Barcelona yakin mereka akan mampu memenuhi terma dan syarat peribadi dalam kontrak pemain itu.

Barcelona malah sudah menghubungi ejen pemain tersebut iaitu Fali Ramadini untuk menyatakan hasrat mereka dalam usaha mahu membawa pemain itu ke Nou Camp.

Namun masalah utama Barcelona adalah Napoli yang dikatakan meminta £34 juta ataupun €40 juta untuk pemain pertahanan antarabangsa Senegal itu.

Polisi perpindahan di Barcelona sudah berubah. Mereka tidak mahu berbelanja terlalu besar pada mana mana pemain lagi seperti sebelum ini.

Barcelona merasakan bahawa permintaan Napoli meletakkan harga setinggi itu sebagai bertentangan dengan polisi baharu kelab mereka.

Gandingan Koulibaly dan Araujo dianggap akan mampu memperkasakan lagi pertahanan pasukan Barcelona.

Barcelona kini berharap ejen kepada Koulibaly tidak terburu buru menerima tawaran kontrak baharu dari Napoli. Kerana mereka benar benar mahukan pemain tersebut.

Koulibaly mengetuai negaranya ketika menjulang Piala AFCON beberapa bulan lalu. Pernah menjadi sasaran pasukan seperti Chelsea, Manchester City dan Manchester United.

Pengurusan tertinggi Napoli sebelum ini menyatakan bahawa mereka hanya akan mempertimbangkan tawaran di atas €90 juta untuk pemain itu. Dan kemudian menaikkan lagi angka itu kepada €120 juta.

Komitmen Koulibaly kepada Napoli sangat tinggi membuatkan dia tiada masalah untuk terus kekal bersama Napoli walaupun banyak tawaran yang tiba.

Koulibaly menjadi bek tengah yang bagus untuk permainan bola sepak moden dengan binaan serangan dari bawah.

Oleh sebab itulah di bawah era Maurizio Sarri di Napoli, nama Koulibaly meningkat naik dengan mendadak kerana sangat secocok dengan sistem permainan.

Barcelona menganggap aset tersebut sangat penting untuk mereka membina pasukan bagi musim hadapan. Di mana pemain seperti Gerard Pique sudah semakin berusia.

Agak mengejutkan kerana dalam dua musim terakhir ini, tidak ada banyak kelab besar yang cuba memburu Koulibaly seperti yang berlaku beberapa tahun lalu.

Selain Koulibaly, Barcelona juga yakin akan dapat menandatangani bek tengah Chelsea Andreas Christensen secara percuma pada akhir musim ini.

Barcelona mahu kembali merampas La Liga. Selepas dua musim piala tersebut berada di kota Madrid. Tahun lalu dimenangi oleh Atletico Madrid dan musim ini dimenangi oleh Real Madrid.

Barcelona sebelum ini tersingkir daripada Liga Europa selepas kalah kepada Eintracht Frankfurt. Ianya harapan terakhir untuk Barca memenangi sekurang kurangnya 1 piala pada musim ini.

Xavi Hernandes masih berusaha membentu pasukannya. Dengan masalah kewangan kelab yang semakin membaik, Barcelona kini sedang giat mencari pemain terbaik pada harga terbaik.