Laporan El Nacional dari Sepanyol menyebut bahawa pengurus Barcelona, Hansi Flick mahu membina bahagian tengahnya berasaskan Kobe Mainoo.
Barcelona sedia untuk membayar £8.5 juta ditambah dengan Raphinha untuk mendapatkan Kobe Mainoo.
Mainoo telah menjadi pemain muda yang meningkat naik dengan mendadak musim lalu di bawah Erik Ten Hag, Pemain muda itu berjaya merebut tempat dalam skuad kebangsaan England yang bermain di Euro 2024.
Mainoo menjadi tunjang Man United ketika pasukan itu bergelut dengan aspek kecergasan pemain senior. Dia menggunakan peluang yang diberikan kepadanya dengan sebaik baiknya.
Akhirnya dia menjadi bakat muda luar biasa yang menjadi perhatian dunia. Dan Barcelona antara kelab yang sudah menyatakan minat mereka untuk mendapatkan pemain ini.
Ideanya adalah membayar dengan wang £8.5 juta dan Raphinha. Barcelona menilai harga Raphinha sebagai £55 juta. Harga yang mereka bayar kepada Leeds.
Jadi nilai perpindahan ini dianggap sekitar £63 juta. Ianya dirasakan cukup banyak untuk seorang pemain muda seperti Kobe Mainoo. Barcelona menjanjikan minit permainan kepada pemain muda itu jika dia datang ke Barcelona.
🚨🇪🇸 Barcelona manager Hansi Flick wants to build his midfield around Kobbie Mainoo.
The La Liga side have offered £8.5m plus winger Raphinha in a swap deal for the England international. #MUFC [El Nacional Spain] pic.twitter.com/dnLGTAP89U
— UtdTruthful (@Utdtruthful) June 10, 2024
Jika dari pandangan kasar, Erik Ten Hag dan United pasti tidak mahu melepaskan pemain ini buat masa ini. Namun perpindahan ini mungkin boleh berlaku jika Mainoo berminat dengan idea untuk bermain di Nou Camp.
Bak kata orang eropah, pemain mana yang tak tertarik untuk bermain di Nou Camp atau Bernabeu.
Hansi Flick sedar bahawa Kobe Mainoo bukan pemain yang berpengalaman. Namun dia yakin pemain itu akan cepat membangun di bawah kendaliannya.
Oleh sebab itu Flick juga mahu mendapatkan pemain berpengalaman. Antara nama yang dimahukan Flick seperti Martín Zubimendi, Amadou Onana, Mikel Merino dan Joshua Kimmich,
Dari sudut ekonomi, Barcelona sekali lagi perlu mendapatkan pemain pada harga paling rendah dan gaji yang serendah yang boleh.
Mereka masih perlu mencari €130 juta lagi sebelum 30 Jun ini untuk mendaftarkan 9 pemain dalam skuad semasa mereka untuk musim baharu.
Beberapa pemain seperti Joao Felix dan Joao Cancelo pula masih menunggu untuk memeterai satu lagi perjanjian pinjaman.