Barcelona kini diberikan lampu hijau untuk mendaftarkan Dani Olmo. Pemain antarabangsa Sepanyol itu tidak dapat beraksi 2 perlawanan pembukaan kerana tidak boleh didaftarkan sebelum ini.
Dia menyertai Barcelona dari RB Leipzig dengan nilai perpindahan mencecah £51 juta. Tetapi masalah kewangan Barca membuatkan pemain itu tidak boleh didaftarkan walaupun mereka sudah mengosongkan gaji Ilkay Gundogan daripada bil gaji pemain mereka.
Barca turut menjual Victor Roque dan Mikayil Faye, tetap juga ia masih belum cukup untuk membantu mereka mendaftarkan Dani Olmo untuk bermain dalam pasukan mereka bagi musim ini.
Setelah berminggu menunggu akhirnya, Olmo dapat juga didaftarkan setelah ada kejadian yang tertentu berlaku dalam pasukan mereka.
RAC1 melaporkan bahawa Hansi Flick akhirnya boleh menggunakan pemain baharunya itu. Ianya berikutan kecederaan yang dialami Andreas Christensen.
Untuk mendaftarkan Olmo, La Liga memberikan syarat sangat ketat. Di mana mereka meminta Barcelona menyediakan laporan perubatan lengkap melibatkan Christensen.
Media Cedena SER mendedahkan bahawa laporan itu menyebut, laporan perubatan Barcelona menyebut bahawa Christensen akan tersisih kira kira 4 bulan kerana kecedraan tersebut.
Timbul keraguan tentang durasi tempoh tersebut. Kerana ejen pemain tersebut mendakwa Christensen hanya tersisih untuk 2 bulan bagi kecederaan seperti dialaminya. Bukannya 4 bulan seperti didakwa Barcelona.
Ejen kepada pemain itu menegaskan bahawa Christensen tidak gembira namanya ditukar dengan Dani Olmo dahulu buat masa ini.
Kelab Catalan itu mempertahankan laporan perubatan mereka dan berharap La Liga juga memberikan pengesahan kepada perkara itu setelah laporan lengkap mereka hantar.
Ini kerana laporan tersebut dikatakan sudah pun disemak sendiri oleh doktor pakar dalam bidang kecederaan sukan traumatik La Liga. Tinggal menunggu pengesahan rasmi daripada mereka.
Ini bermakna Dani Olmo kini didaftarkan untuk sehingga Disember terlebih dahulu untuk menggantikan tempat Christensen. Sementara itu, kelab yakin akan dapat mendaftarkan Dani Olmo walaupun Christensen kembali semula 4 bulan lagi.
Dengan Barcelona akan menyisihkan dahulu nama Christensen yang akan berehat panjang. Jadi, Olmo boleh membuat debut bersama Barcelona pada Selasa menentang Rayo Vallecano.
Ia memberikan tonik tambahan kepada skuad Hansi Flick yang memulakan musim ini dengan cukup baik. Mereka berharap akan meneruskan rentak kemenangan mereka. Namun begitu Barcelona masih berharap urusan pendaftaran ini selesai sebelum sepak mula.