Barcelona Nak Lelong Ansu Fati Harga Rahmah

Ansu Fati beberapa tahun lalu digelar The Next Leo Messi oleh peminat bola sepak. Menunjukkan prestasi cemerlangnya pada usia remaja dan dipanggil ke skuad kebangsaan Sepanyol.

Lebih menarik dia telah diberikan jersi no.10 oleh Barcelona. Namun apa dah jadi? Kini Barcelona mahu menjualnya pada harga lelong sahaja. Ini untuk menampung dana kelab itu yang mahu mendapatkan Joao Felix secara tetap.

Ansu Fati musim ini dipinjamkan ke Brighton. Dia bergelut dengan prestasinya pada akhir musim lalu ketika di Barcelona.

Dia mengalami kecederaan dan dibedah sebelum dia menyertai Brighton secara pinjaman.

Barcelona ketika itu menolak untuk memasukkan klausa tebus tetap untuk pemain itu. Kerana percaya dia masih lagi antara pemain masa depan di kelab itu.

Xavi sudah memberitahu Ansu Fati bahawa dia harus bangkit dan mendapatkan semula prestasi terbaiknya di Brighton untuk membolehkan dia kembali ke pasukan utama Xavi.

Malangnya, selepas beberapa bulan di EPL, prestasinya tidak seperti yang diharapkan.

Pengurus Brighton, Roberto De Zerbi yang sebelum ini menjadi individu penting

Barcelona kini meletakkan namanya sebagai dalam senarai untuk dijual pada harga rahmah.

Kelab itu sudah membuat keputusan sejak Februari lalu tentang Fati. Dan menetapkan harga serendah €40 juta untuk mana mana kelab mendapatkan pemain itu.

Selain daripada Ansu Fati, Barcelona turut sedia menjual Ronald Araujo. Namun pemain itu bukan harga lelong.