Barcelona Nak Pecat Xavi Pula

Xavi sebelum ini dilaporkan setuju untuk membuat u turn dan sedia kekal di Barcelona. Ianya selepas Joan Laporta dan Deco memujuk Xavi untuk terus kekal.

Sukar untuk mendapatkan pengurus berkelas dunia pada ketika ini. Ini ditambah dengan situasi kewangan Barca. Di mana mereka tidak dapat untuk menebus kontrak pengurus berkualiti atau membayar gaji yang tinggi.

Xavi yang mulanya menyatakan dia tetap akan pergi selepas tamat musim ini, akhirnya lembut hati dan menyatakan dia sedia kekal.

Namun kini masa depan Xavi kembali menjadi tanda tanya. Ini selepas Laporta dikatakan tidak gembira dengan Xavi berkaitan dengan komennya berkaitan Real Madrid.

Xavi menyatakan bahawa adalah sukar untuk dia membimbing Barca bersaing mengatasi Real Madrid kerana situasi kewangan kelab yang tidak memihak kepadanya.

Bukan itu sahaja, Xavi juga menjelaskan bahawa Barcelona pada musim hadapan juga akan bergelut untuk bersaing di peringkat UCL berdepan dengan kelab kelab elit dari liga lain.

Komen Xavi itu membuatkan Laporta bengang. Ini ditambah dengan krisis antara Xavi dan pemain muda berbakat besar, Vitor Roque. Di mana Xavi berkeras tidak mahu menggunakan pemain itu.

Dia percaya bahawa Vitor Roque harus dipinjamkan ke kelab lain untuk pembangunan. Malah Xavi lebih sanggup menukar Vitor Roque dengan Mason Greenwood.

Laporta memiliki harapan sangat tinggi ke atas Roque. Xavi sebelum ini baru sahaja mengubah keputusannya pada April untuk sedia kekal selepas dipujuk Barca.

Barca dijangka akan memecat Xavi dalam masa terdekat. Atau meminta legenda kelab itu untuk melepaskan jawatannya sekali lagi.

Nama Rafa Marquez berada dalam senarai calon utama untuk menggantikan Xavi di Barcelona. Namun ketika ini kelab masih mencari solusi tentang kontrak Xavi.

Walaupun berdepan kesukaran secara kewangan, Xavi masih berjaya membantu kelab itu menjuarai La Liga dan kembali semula ke UCL.

Xavi seringkali mendapat sokongan daripada Laporta dan Deco. Namun kini dua individu tersebut dikatakan sudah mulai tidak sehaluan dengan Xavi.

Laporta sebelum ini pernah memuji Xavi sebagai pengurus terbaik untuk mengembalikan semula DNA Barcelona.