Barcelona akan memakai logo Coldplay pada jersi mereka untuk aksi El Clasico menentang Real Madrid. Ianya sebagai sebahagian syarat perjanjian dengan Spotify.
Barcelona mendapat tajaan jersi daripada Spotify sejak 2022. Perjanjian itu turut menyaksikan nama Nou Camp dijenamakan semula menjadi Spotify Nou Camp.
Secara keseluruhan, Spotify setuju untuk membayar Barcelona €435 juta. Tetapi, perlu diingatkan bahawa terdapat fasa yang berbeza untuk 12 tahun perjanjian itu.
Salah satu bahagian yang telah dipersetujui selama 12 tahun penuh ialah hak penamaan stadium, dengan €5 juta akan dibayar dalam setiap empat tahun pertama dan kemudian €20 juta dalam setiap lapan tahun akan datang, sebaik sahaja pembangunan semula yang berlaku telah selesai.
Dengan tajaan baju, setakat ini kedua-dua pihak hanya komited dengan perjanjian bernilai €57.5 juta dan €2.5 juta sebagai bonus tambahan untuk setiap empat musim pertama, ditambah €5 juta dalam penajaan kit latihan untuk tiga tahun akan datang.
Tajaan ini memang agak rumit. Kerana penggal kedua tajaan akan bermula pada 2026. Dengan struktur bayaran berbeza. Di mana yuran untuk hak penjenamaan stadium jauh lebih kecil daripada yang akan berlaku selepas 2026 – Barcelona akan memperoleh sekurang-kurangnya €265 juta secara keseluruhan serta beberapa bonus tambah berkaitan prestasi. Itu boleh mencecah €66.5 juta setiap musim, lebih daripada €55 juta setahun yang Rakuten setuju untuk bayar sebelum ini.
Presiden Joan Laporta telah menyebut ini sebagai perjanjian penajaan terbesar dalam sejarah Barcelona dan dia adalah betul. Wang ini telah banyak membantu Barcelona mengimbangi hutang mereka yang melampau ketika perjanjian dibuat pada 2022.
Sebagai naib presiden pemasaran, Juli Guiu, telah menyatakan: “Ini lebih daripada perjanjian komersial, kerana ia adalah pakatan strategik. Perjanjian ini menyediakan sumber kewangan untuk menangani projek strategik dan rancangan masa depan kami, sementara terdapat juga faedah eksklusif untuk ahli. Telah jelas kepada kami sejak hari pertama bahawa perjanjian ini melangkaui kontrak penajaan biasa.”
Barcelona seringkali memaparkan logo artis terutama sekali band untuk dipaparkan pada jersi mereka dalam perlawanan terpilih. Misalnya sebelum ini mereka sudah memperagakan jersi dengan logo Drake dan Rolling Stone. Sesuai dengan kontrak eksklusif dengan Spotify.
Aksi El Clasico terdekat adalah pada 27 Oktober yang akan datang di Estadio Bernabeu, Madrid.
(🌕) JUST IN: Barcelona will wear Coldplay’s logo on their shirts for the Clasico. @tjuanmarti #FCB 🎶🔵🔴🔥 pic.twitter.com/cO5fHZNL3M
— Reshad Rahman (@ReshadFCB) September 23, 2024
Barcelona dalam prestasi terbaik mereka ketika ini sejak diambil alih oleh Hansi Flick. Mereka kini berusaha untuk melanjutkan rekod kemenangan ketika menentang Getafe di tempat sendiri. Setakat ini Barcelona sudah menang 6 kali daripada 6 perlawanan pembukaan La Liga musim ini.
Pada 2023, Chris Martin dan bandnya Coldplay mengadakan 4 konsert di sekitar bandar Barcelona. Dan salah satunya di Stadium Montjuic, gelanggang home sementara Barcelona ketika ini, sementara menunggu Nou Camp siap dibangunkan semula.
Jadi, pemilihan Coldplay mungkin kerana band itu membantu mempromosikan Montjuic ke serata dunia menerusi konsert yang mereka buat sebelum ini. Lagipun band tersebut antara gergasi dalam industri muzik antarabangsa.