Barcelona dilaporkan sedia berbincang dengan PSG untuk menyelesaikan isu Kylian Mbappe.
Walaupun mereka tiada wang sebanyak €200 juta, yang merupakan tanda harga untuk Mbappe, namun kelab itu sedia menawarkan cara lain untuk mendapatkan Mbappe.
Barcelona sedia mencadangkan pertukaran beberapa pemain untuk menandatangani Kylian Mbappe — menurut laporan L’Equipe.
Dengan adanya bekas pengurus Barcelona, Luis Enrique yang berjiwa Culers, mereka berharap akan dapat membantu mereka dalam usaha tersebut.
Masa depan Kylian Mbappe di PSG terus bercelaru. Pemain itu masih tidak melanjutkan kontrak di PSG.
Pada masa yang sama dilaporkan lebih rela duduk di bangku simpanan dan pergi secara percuma pada musim hadapan.
Terdapat tawaran dari Al Hilal bernilai €300 juta, namun Mbappe enggan ke Arab Saudi pada masa ini.
Dia mahu terus kekal di PSG dan bergelar Free agent musim hadapan.
Barcelona kini menawarkan Mbappe jalan keluar dari PSG. Mereka yakin bahawa Barca adalah kelab pilihan terbaik Mbappe kerana dia boleh bermain di posisi kegemarannya di sayap kiri.
Di Real Madrid, posisi sayap kiri merupakan posisi Vini. Jr.
🚨 Barcelona will hold talks with PSG today for Kylian Mbappe!
Barça, who can't afford to pay a fee, will offer several players to PSG in exchange for the striker.
(Source: @lequipe) pic.twitter.com/WSyymJz9qa
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 24, 2023
Barcelona akan membuka rundingan dengan PSG dengan mencadangkan kertas cadangan mereka kepada kelab itu, jika PSG berminat untuk berunding dengan mereka.
Kylian Mbappe dikaitkan dengan perpindahan percuma ke Real Madrid apabila dia bergelar free agent musim hadapan.
Jadi, Barcelona kini benar benar sedia nak hijack Mbappe daripada menyertai Real Madrid.