Barcelona Sedia Pertimbangkan Tawaran PSG Untuk Beli Lamine Yamal Dengan Nilai Tak Masuk Akal

Barcelona dilaporkan mendapat tahu bahawa PSG sedia untuk membayar Lamine Yamal dengan angka tidak masuk akal. Memecahkan rekod Neymar sebelum ini.

Lamine Yamal dianggap calon terbaik menggantikan Kylian Mbappe di kelab itu. Dan PSG sedia membayar lebih €222 juta untuk membawa masuk pemain berusia 16 tahun itu ke kota Paris.

Dengan situasi kewangan semasa Barcelona, mereka sedia untuk menjual salah seorang pemain muda yang paling berpotensi besar itu.

PSG sudah sedia membayar dengan nilai pakej perpindahan mencecah €250 juta untuk pemain itu. Jika itu benar benar berlaku ianya akan memecahkan rekod perpindahan dunia yang PSG sendiri cipta ketika mendapatkan Neymar.

PSG sebelum ini berjaya mengurangkan kos operasi pasukan dengan pemergian Mbappe. Mereka masih mencari pengganti yang sebenar untuk Mbappe. Nasser Al Khelaifi yakin Lamine Yamal adalah bintang masa depan dan calon untuk memenangi Ballon d’Or.

Barcelona sebelum ini menyatakan bahawa Lamine Yamal tidak akan dijual pada sebarang harga. Namun Mundo Deportivo melaporkan bahawa jika benar PSG mahu membayar £250 juta untuk pemain itu maka Barcelona sedia mempertimbangkan tawaran itu.

Ia boleh membantu Barcelona dalam mengimbangi akaun FFP mereka.

Lamine Yamal ketika ini masih bersama dengan Sepanyol dalam aksi Euro 2024. Dia menjadi pemain utama negaranya untuk edisi kali ini.

Lamine Yamal dianggap sebagai The Next Messi oleh media pro Barcelona. Dia menempa namanya di persada dunia pada usianya sangat muda. Dia meningkat naik dengan mendadak ketika era Xavi. Terutama sekali ketika Barca menggunakan sepenuhnya kekuatan akademi mereka untuk menyokong keperluan pasukan dari segi bakat.

Ini kerana Barca tidak dapat membeli pemain bintang seperti dahulu. Mereka ada kekangan yang kuat dari segi pendaftaran pemain dan sebagainya. Barca malah sudah menjual beberapa aset mereka sebagai langkah untuk membantu kewangan kelab agar kekal di paras yang baik.

Barcelona sudah bertahun tahun berjimat dalam usaha mereka keluar daripada kegawatan ekonomi kelab itu.

Adakah Barcelona benar benar sedia melepaskan pemain itu ke PSG?