Barcelona akhirnya membayar habis hutang ansuran pembelian Ousmane Dembele daripada Borussia Dortmund. Pembelian itu dibuat pada era Josep Maria Bartomeu setelah kelab itu melepaskan Neymar ke PSG.
Walaupun ketika itu Dembele dianggap superstar dikehendaki banyak kelab, namun kariernya di Barca diselebungi isu kecederaan dan masalah konsistensi.
Dia kemudian dijual ke PSG oleh Barcelona dengan nilai €51 juta. Ketika itu bintang PSG, Kylian Mbappe dilaporkan menjadi watak penting mencadangkan namanya untuk dibeli oleh PSG.
Dortmund Dembele sold me dreams man. I thought we were singing a superstar🕊️ pic.twitter.com/ntpepfrDum https://t.co/Uqf0yF74Ds
— TK (@TeaKupps) June 27, 2024
Laporan oleh Sports ES, menyatakan bahawa Barcelona akhirnya selesai membayar baki tunggakan bonus bernilai €43 juta yang termaktub dalam kontrak Dembele.
Ansuran untuk bayaran wajib sudah diselesaikan sebelum ini. Dan Barcelona membayar baki bonus itu dalam masa beberapa tahun ini,
Dengan melangsaikan semua bayaran bonus itu bermakna Barcelona kini telah membayar €140 juta secara keseluruhan untuk membeli Ousmane Dembele. Mujur mereka berjaya menjual pemain itu ke PSG sebelum ini.
Laporta antara orang yang kecewa dengan yuran perpindahan yang dianggap tidak masuk akal dibayar oleh Bartomeu untuk mendapatkan pemain itu. Di mana Barcelona ketika itu membiarkan diri mereka ditekan oleh Dortmund dengan harga terlalu tinggi.
🟡⚫️💸 According to BILD, all the bonus payments from the Ousmane Dembélé transfer from Borussia Dortmund to Barcelona have been paid.
“The total sum amounts to €148m”, BILD reports. pic.twitter.com/7M3HgIdjEO
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 12, 2024
Baki bonus Dembele ini dilaporkan mengambil masa yang lama untuk dibayar. Kerana kelab meminta penangguhan atas budi bicara Dortmund setelah pandemik melanda.
Pada era Xavi, Dembele menjadi antara pemain yang mahu dijual oleh Barcelona. Walaupun Xavi selalu percaya pemain itu berkualiti. Namun Xavi juga yakin ada bakat muda yang mampu mengisi tempatnya.
Kini Barcelona memiliki penyerang sayap seperti Lamine Yamal yang menjadi megastar pada usia muda.