Presiden Interim Barcelona, Carles Tusquets telah mengesahkan bahawa pemain di kelab tersebut tidak akan menerima gaji mereka untuk bulan Januari.
Ini kerana situasi kewangan kelab kini tengah berada dalam keadaan yang “membimbangkan”.
Carlos Tusquets memberitahu perkara itu dalam wawancara dengan stesen radio Catalan RAC1.
Tusquets juga menjelaskan betapa teruknya keadaan kewangan kelab, walaupun telah membuat perjanjian untuk pemotongan gaji dengan pemain skuad pasukan pertama bulan lalu.
Pemotongan gaji itu membuatkan kelab kelab menjimatkan € 122 juta. Tetapi ia tetap tidak dapat mengatasi impak yang besar ditanggung mereka ketika ini.
Lantas Tusquets berterus terang sahaja bahawa Januari ini para pemain Barca tak akan mendapat gaji mereka. Namun beliau masih ‘penuh harapan’ bahawa para pemain akan menerima gaji mereka.
Barcelona melakukan pembayaran gaji dua kali dalam setahun / semusim iaitu pada Januari dan Julai.
Bukannya setiap bulan pemain pergi check kat ATM.
Tusquets mengatakan mengenai keadaan ekonomi di kelab tersebut: “Ini buruk. Ia membimbangkan, tetapi saya tetap penuh harapan.”
“Pemain tidak akan menerima pembayaran bulanan untuk bulan Januari.”
“Mereka mempunyai dua pembayaran, pada Januari dan Julai. Dan untuk Januari ini mereka tidak akan menerima pembayaran.”
“Ini ditangguhkan dengan cara yang sama seperti jenis gaji dan faedah lain yang ditunda, seperti bonus untuk memenangi gelaran. ”
Akaun kelab menunjukkan bahawa hutang Barcelona meningkat dua kali ganda sepanjang kempen 2019/20 di tengah situasi kewangan yang sangat membimbangkan.
Carlos Tusquets(interim Barca president) 🗣:
"Players will not get their January salaries, the financial situation is terrible and worrying. The Club should've sold Messi"
What a shit show 😳 pic.twitter.com/NiA2izehUm
— Footy Accumulators (@FootyAccums) December 3, 2020
Angka kewangan kelab, seperti yang digariskan oleh Marca, menunjukkan bahawa hutang di kelab telah meningkat dari €217 juta pada bulan Jun 2019 menjadi €488 juta pada bulan Jun 2020.
Ianya jauh lebih tinggi daripada angka €300 juta yang diramalkan Bartomeu sebelum ini.
Tusquets kecam Bartomeu
Tusquets turut menyindir Bartomeu yang menurutnya meletakkan keadaan kelab di kedudukan lebih teruk kerana tidak menjual Lionel Messi.
Bartomeu sebelum ini takut mengambil keputusan yang boleh memburukkan lagi reputasinya.
Di mana ketika itu Bartomeu berkata: “Saya tak mahu dikenang sebagai presiden yang menjual Lionel Messi.”
Dengan situasi ekonomi yang melanda, tanpa kehadiran penyokong ke stadium, Tusquets menegaskan Bartomeu seharusnya membuat keputusan dengan menjual Lionel Messi.
Ini kerana Messi mahu keluar dan kelab seperti Man City dan PSG berminat dengan pemain itu.
Selain daripada mendapat duit masuk daripada harga penjualan Messi, kelab juga boleh menjimatkan wang dengan tiada angka gaji Messi yang terlalu tinggi.
Tusquets berkata: “Daripada sudut pandangan ekonomi, saya jual je Messi pada jendela musim panas hari tu. Kita pasti gembira dengan wang yang diterima dan juga wang yang kita boleh jimatkan dari segi gaji.”
🎙Carles Tusquets, President of the Barça Management Committee, to @elmonarac1.
🗣: "From an economic standpoint, I would have sold Messi in the summer. It would have been desirable for the money you would have received and for what you would have saved through wages."#FCB 🇦🇷💰 pic.twitter.com/J9pDge7Psm
— BarcaBuzz (@Barca_Buzz) December 3, 2020
Kenyataan Tusquest itu tidak digemari penyokong Barcelona yang menganggap presiden interim itu tidak tahu apa benda dia sedang cakap.
Ramai mengecamnya dan memintanya berdiam sahaja kerana dia cuma interim.