Pemenang Euro 2024 bersama skuad Sepanyol, Dani Olmo diumumkan sebagai pemain Blaugrana pada Jumaat lepas, selepas Pengarah Sukan Deco pergi ke Leipzig untuk mencapai persetujuan dengan Olmo dan kelabnya.
Perpindahannya dari RB Leipzig adalah berjumlah kira-kira £51 juta, dengan kontrak enam tahun dan klausa pelepasan dilaporkan £427 juta (€500 juta).
Dani Olmo rasmi diperkenalkan kepada penyokong dalam aksi pra musim – trofi Joan Gamper – menentang AS Monaco.
🏟️🔵🔴 Dani Olmo is presented to FC Barcelona fans before their game against Monaco… 🤝
— CentreGoals. (@centregoals) August 12, 2024
Bagaimanapun, seperti yang dilaporkan oleh Cadena SER, Barcelona masih tidak dapat mendaftarkan pemain Sepanyol itu, hanya lima hari sebelum penampilan pertamanya di La Liga menentang Valencia.
Laporan itu datang selepas pasukan Catalan itu mengumumkan kerjasama baharu mereka dengan pembekal hospitaliti kelab Aramark, perjanjian yang dilaporkan memberikan kelab itu pendapatan sekitar £34 juta (€40 juta) (£34 juta).
Walau bagaimanapun, nampaknya mereka masih perlukan sokongan kewangan tambahan untuk mendaftarkan Dani Olmo.
Jadi bagaimana mereka melakukannya?
Menurut Cedena CER, perjanjian baharu dengan Nike boleh membantu memudahkan pendaftaran pemain itu.
Seterusnya Barcelona boleh menjual pemain mereka untuk menampung kos operasi bagi mendaftarkan pemain mereka.
FC Barcelona cannot register Dani Olmo due to current squad limits and his registration remains uncertain. ❌
The club can only register new players officially by selling some of their existing players.
[La_SER] pic.twitter.com/1XFkKpGpNb
— William™️ (@thewilliamFCB) August 13, 2024
Jika tidak, Barcelona akan berdepan masalah untuk mendaftarkan Dani Olmo, juga sukar untuk mendaftarkan pemain termasuk pemain yang telah kembali daripada tempoh pinjaman, seperti Ansu Fati, Clement Lenglet atau Eric Garcia.
Dani Olmo akan dipaksa untuk menonton perlawanan Sabtu dari luar jika kelab tidak dapat mendaftarkan pemain itu tepat pada masanya.
Ini bukan kali pertama berlaku, oleh sebab itu peminat Barcelona tidak perlu panik. Kerana pada tahun 2022 pertahanan Perancis Jules Kounde terlepas beberapa perlawanan LaLiga atas sebab yang sama.
Ketika itu kelab memberikan jaminan kepada pemain itu bahawa dia akan didaftarkan, kerana mereka yakin akan mendapat wang tambahan.
Pemain Sepanyol itu, 26, menghabiskan tujuh tahun dalam pasukan remaja Barcelona dari 2007 hingga 2014, sebelum berpindah ke Dinamo Zagreb.
Pada 2020, dia menyertai RB Leipzig dan telah menjadi pemain elit di Bundesliga. Dia mendapat panggilan skuad kebangsaan dan kembali menjadi sasaran penting untuk Catalan itu.
Baca lagi