Barcelona Tawarkan Messi €10 Juta Semusim, Harap La Liga Bagi Kebenaran

Barcelona berusaha untuk membawa Lionel Messi ke Nou Camp sekali lagi.

Usaha itu diteruskan oleh Barca, selepas pemain itu rasmi meninggalkan PSG pada akhir musim ini kerana tidak sehaluan lagi dengan kelab itu.

Messi tidak akan melanjutkan kontrak baharu di PSG. Perkara itu disahkan sendiri oleh Fabrizio Romano menerusi laporan eksklusif wartawan itu.

Barcelona sebelum ini dilarang untuk mendaftarkan pemain baharu kerana akaun FFP mereka yang sakit.

Dan kini sedia memujuk La Liga untuk memberikan kebenaran untuk mendaftarkan Lionel Messi yang akan memberikan impak positif kepada liga itu.

Javier Tebas sudah menyatakan bahawa: “Jika Barca mahu mendapatkan Messi, gaji dia harus dikurangkan daripada apa yang dia dapat di PSG sekarang ini.”

“Kepulangan dia juga harus bersyarat bahawa Barca harus menjual beberapa pemain mereka. Saya rasa Barca akan dapat pulangan yang baik daripada penjualan pemain musim panas ini.”

Barcelona mencadangkan angka €10 juta semusim untuk Lionel Messi. Dan angka itu jauh lebih rendah daripada yang dia perolehi di PSG.

Sergio Kun Aguero memainkan peranan besar dalam usaha memujuk Messi kembali ke Barca.

Messi turut mendapat tawaran daripada Arab Saudi, dipercayai dari Al Hilal yang menawarkannya €400 juta semusim. Angka itu 40 ganda lebih tinggi daripada tawaran Barcelona dan merupakan angka terbesar pernah ditawarkan kepada atlet.

Baca yang lain