Barcelona dikatakan terkejut dengan tanda harga yang diletakkan oleh AC Milan untuk Rafael Leao. Menurut laporan oleh Mundo Deportivo, Barcelona sedia untuk membuat usaha lewat mendapatkan Rafael Leao setelah gagal mendapatkan Nico Williams sebelum ini.
Nico Williams telah memutuskan untuk terus kekal di Athletic de Bilbao setelah beberapa minggu dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona. Dan kemudian Barca mengalihkan perhatian ke arah Rafael Leao di AC Milan.
Tetapi tanda harga untuk Leao membuatkan Barcelona terkedu, apabila kelab itu meminta €175 juta untuk pemain Portugal itu. Barcelona dilaporkan tidak berminat untuk membayar jumlah itu dan tidak sanggup untuk membayar separuh daripada permintaan harga itu sekalipun.
Kontrak semasa pemain penyerang AC Milan itu masih ada sehingga 2028. Dengan nilai pasaran semasa pemain itu dikatakan sekitar €90 juta ke €100 juta. Kenapa harga itu terlalu mahal? Sebenarnya, ada klausa khas dalam kontrak Leao di mana selepas 15 Julai, klausa pelepasan €175 juta akan teraktif secara automatik.
Ini kerana jendela perpindahan sudah hampir menuju ke minggu terakhir. Kerana mustahil untuk Milan mencari pengganti pemain itu. Barcelona sendiri tidak tahu yang klausa ini wujud dalam kontrak pemain itu.
🚨 La clause libératoire de Rafael Leão 🇵🇹 est de 175 M€. 💰❤️🖤
Le PSG est bien intéressé par le Portugais. ❤️💙
(@MatteMoretto) pic.twitter.com/1gH2Fv7RNM
— Actu Foot (@ActuFoot_) January 28, 2024
Milan merasakan mereka akan perlu mencari pemain pilihan alternatif yang harganya juga pasti tinggi, sementara mereka mencari pengganti sebenar pemain itu.
Dengan tanda harga yang diletakkan AC Milan itu, rundingan untuk mendapatkan Leao adalah hampir pasti mustahil untuk Barcelona. Walaupun ejen pemain itu Jorge Mendes, sangat rapat dengan Barcelona.
Barcelona turut mempertimbangkan Luis Diaz dari Liverpool. Namun buat masa ini kelab England itu tidak berminat untuk menjual Diaz. Jadi mereka juga mempertimbangkan pilihan untuk mendapatkan Federico Chiesa dari Juventus. Pemain yang sudah disenaraikan sebagai untuk dijual oleh Juve sebelum ini.
Ini kerana Juventus mahu mengurangkan bil gaji pemain mereka. Dengan ejen pemain itu, Fali Ramadani merasakan bahawa Chiesa akan berminat dengan idea menyertai Barcelona. Ini ditambah dengan situasi Chiesa di Juventus, di mana dia tidak berada dalam perancangan pengurus baharu kelab itu, Thiago Motta.
Gazetta melaporkan bahawa Barcelona sedia menawarkan bayaran €14 juta untuk mendapatkan Chiesa. Namun tawaran itu dianggap terlalu rendah oleh Juventus. Dengan jendela perpindahan semakin menuju ke hari hari terakhir, Gazetta turut merasakan bahawa perpindahan Chiesa ke Barcelona juga mungkin tidak akan menjadi kenyataan kali ini.
Barcelona kini masih cuba untuk menjual beberapa pemain mereka termasuk Raphinha, Andreas Christensen, Iñigo Martínez, Ferran Torres dan Alejandro Balde. Sementara itu, Ilkay Gundogan dilaporkan sudah mencapai kesepakatan untuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama yang membuatkan pemain itu pergi secara percuma.
Barcelona dikatakan mendesak Gundogan untuk meninggalkan kelab itu bagi memberikan ruang kepada mereka mengurangkan bil gaji pemain. Gundogan yang kecewa bagaimanapun kekal bersikap profesional dan cuba memudahkan urusan Barcelona dengan meminta agar dia dilepaskan secara percuma agar dia boleh menyertai kembali Manchester City. Ini apabila Pep Guardiola dikatakan sudah memberikan lampu hijau mahukan pemain itu pulang ke pangkuan mereka.
Beberapa nama lain lagi turut dalam senarai untuk dijual iaitu Frenkie De Jong, Ronald Araujo dan Ansu Fati. Memandangkan mereka dalam senarai kecederaan, maka proses menjual mereka menjadi rumit.
Barcelona juga masih perlu untuk memastikan akaun FFP mereka dalam keadaan sihat untuk membeli pemain baharu. Kerana pemain baharu mereka Dani Olmo dilaporkan masih belum dapat didaftarkan buat masa ini.