Barcelona yang masih terluka kerana kegagalan dalam Piala Super Sepanyol yang lalu, kini menelan satu lagi episod pahit.
Ini selepas pasukan Xavi Hernandez itu disingkirkan oleh Athletic Bilbao dari Copa Del Rey musim 2023/24.
Barcelona bermula dengan sangat buruk, mereka bolos selepas hanya 36 saat perlawanan bermula.
Segalanya berpunca daripada beberapa pertahanan yang longlai mengakibatkan mereka dihukum oleh Gorka Guruzeta yang merembat masuk untuk memberikan Athletic pendahuluan awal yang menakjubkan.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila Alejandro Balde pula mengalami kecederaan hamstring pada minit ke-23.
Tetapi tiga minit kemudian, Barça menyamakan kedudukan dengan cara yang pelik dan tidak disangka sama sekali.
Robert Lewandowski menekan pertahanan Athletic. Di mana bola yang cuba dikeluarkan oleh pertahanan terkena pada kakinya dan masuk. Ianya satu tindakan refleks yang sempurna daripada penyerang antarabangsa Poland itu.
Jika yang pertama mereka pelik, yang kedua mereka sangat menakjubkan. Lamine Yamal, yang baru berusia 16 tahun mengawal bola di sebelah kanan, menggelecek di bahagian sebelum memotong masuk dan mennyudahkannya dengan gaya yang sangat hebat.
Dengan gol itu, ia telah menjadikan Yamal penjaring termuda gol Copa Del Rey pada abad ke-21.
Athletic Bilbao bagaimanapun menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua, Oihan Sancet menanduk masuk selepas menerima hantaran lintang hebat Nico Williams.
Yamal terlepas peluang keemasan yang boleh menjadikan dia penjaring kemenangan perlawanan pada lewat aksi, ketika kedua-dua pasukan mempersiapkan diri untuk 30 minit masa ekstra.
Barcelona sepatutnya sudah menamatkan sahaja urusan di situ, tetapi Yamal mempersiakan peluang ketika gawang sudah terbuka.
Perlawanan terikat 2-2 dan kedua dua pasukan beradu kekuatan lagi di masa ekstra 30 minit.
Quick reminder that Barcelona would’ve went through if it wasn’t for this yamal sitter 😭😭 pic.twitter.com/UXDEyXeYxb
— 🇵🇸🇲🇽 (@walkon154) January 24, 2024
Athletic bermula lebih kuat, dengan beberapa siri peluang gol menerusi Williams, Sancet dan Ander Herrera, tetapi tidak seorang pun yang dapat menamatkannya.
Williams memberikan Athletic pendahuluan kedua mereka mereka pada malam itu, ketika aksi mencecah 106 minit. Peluang gol disudahkan dengan rembatan kaki kanan dari jarak dekat selepas bola datang kepadanya.
Barcelona cuba dan terus mencuba untuk menyamakan kedudukan tetapi tidak menemui gol ketiga, dan akhirnya disingkirkan pada masa penghujung babak aksi 120 minit apabila seorang lagi Williams, iaitu Nico Williams menjaringkan gol, yang membuatkan Stadium San Mamés menjadi gegak gempita.
Athletic Bilbao kini mara ke separuh akhir Copa Del Rey musim 2023/24. Dengan Barcelona terlepas satu lagi trofi mereka musim ini. Kini skuad Xavi mengharapkan pada kempen UCL dan La Liga mereka.
Selepas tamat perlawanan, Xavi menyatakan kekalahan dan penyingkiran ini bukan ukuran sebenar kepada projek Barcelona musim ini.
Xavi menolak sama sekali cakap cakap yang mahukan dia dipecat. Kerana menrutnya dia sendiri boleh berundur jika pada akhir musim ini, Barcelona gagal berada di tahap kompetitif.
Xavi menegaskan: “Jika pada akhir musim ini, kami tidak berada di tahap kompetitif, maka saya harus pergi.
“Saya tahu di mana saya berada, di kelab berkelas dunia. Di sini, di Barca, kamu harus memenangi trofi atau kamu dalam bahaya.
“Saya yakin bahawa projek di sini ada potensi terbaik dengan pemain pemain muda terbaik.”
🚨🔵🔴 Xavi: “If at the end of the season we are not at a competitive level… I will have to leave”.
“I know where I am, it’s a top club. Here at Barça you need to win titles or you will be at risk”.
“I’m convinced the project here has top potential with top young players”. pic.twitter.com/vVySrdga0r
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 24, 2024
Sebelum ini Xavi turut menyatakan bahawa kegagalan dalam Piala Super Sepanyol tidak menentukan apa apa. Kerana mereka masih berada di landasan yang tepat. Dan dia masih orang yang tepat untuk memacu projek bola sepak di Barcelona.