Barcelona U Turn, Harap Dapat Jual Coutinho Ke Liverpool Atau PSG

Sebelum ini Barcelona menyatakan mereka akan memberikan peluang kepada Philippe Coutinho untuk membuktikan kemampuannya di bawah pengurus baharu Quique Setien.

Setien berjanji akan memberikan peluang kepada semua pemain termasuk Philippe Coutinho.

Perkara itu dinyatakan Barcelona selepas Bayern Munich mengesahkan mereka tidak akan menandatangani pemain itu secara tetap.

Prestasi turun naik Philippe Coutinho yang ketika tempoh pinjaman di Bayern Munich membuatkan kelab Bavaria itu membatalkan hasrat mereka daripada mengaktifkan kuasa pembelian tetap.

Klausa pembelian tetap untuk Philippe Coutinho adalah €120 juta. Bayern dikatakan sudah membayar €40 juta untuk perjanjian pinjaman.

Secara total perjanjian itu bernilai €160 juta jika ia dimeterai. Harga yang hampir sama dibayar oleh Barcelona kepada Liverpool sebelum inib

Sejak meninggalkan pasukan Liverpool, Philippe Coutinho bergelut dengan prestasinya.

Beliau gagal untuk menjadi pemain utama dalam skuad Barcelona. Dan kini dia masih gagal untuk bermain secara konsisten sebagai kesebelasan utama di Bayern Munich.

Beliau menjaringkan 9 gol daripada 31 penampilan untuk Bayern Munich setakat ini. Namun ia masih belum cukup untuk menambat hati pengurusan Bayern Munich.

Pengurus interim Bayern Munich adalah talian hayat terakhir untuk Philippe Coutinho.

Walau bagaimanapun pengurus tersebut juga tidak yakin untuk memberikan jaminan bahawa Philippe Coutinho adalah pilihan yang baik untuk dibeli dengan mengaktifkan klausa pelepasan lebih 100 juta Euro.

Barcelona tetap berharap Bayern Munich akan melakukan u turn juga dan menandatangani Coutinho secara tetap.

Cuma, buat masa ini Bayern Munich tidak menunjukkan sebarang tanda mereka akan mengubah keputusan itu.

Jadi selepas tamat musim ini Philippe Coutinho akan kembali semula ke Barcelona. Tetapi kelab Catalan itu akan menyenaraikan nama beliau untuk dijual.

Barcelona Masih berharap dan yakin mereka akan dapat menjual Philippie Coutinho dengan harga yang sama ketika mereka membeli dari Liverpool.

Barcelona kena cuba untuk meyakinkan Paris St. Germain untuk kembali membida Philippe Coutinho.

Sebelum ini kelab yang berpangkalan di Perancis itu bersaing dengan Bayern Munich untuk mendapatkan tandatangan Philippe Coutinho. Ini selepas mereka risau dengan Neymar yang dilihat buat perangai.

Tetapi Coutinho memutuskan untuk ke Bayern Munich.

Perpindahan yang akan datang dijangka menarik. Barcelona akan cuba mendapatkan dana sebanyak mungkin daripada penjualan Philippe Coutinho. Hal ini kerana mereka mahu mendapatkan kembali Neymar.

Mungkin juga terjadi perpindahan dengan cash + player di antara Barcelona dan PSG untuk Neymar. Dan Coutinho adalah pemainan disertakan dalam perjanjian itu.

Barcelona juga berusaha untuk menyakinkan Liverpool mendapatkan semula pemain tersebut. Ini kerana Coutinho pernah menyatakan beliau sangat gemar bermain di bawah Jurgen Klopp.

Namun Barcelona mahukan angka €120 juta pada tanda harga pemain itu dibayar.