Barcelona Umum Pulangan €1 Billion, Nilai Kelab Kini €5 Billion — Laporta Buat Kerja Ajaib

Barcelona mengumumkan keuntungan €98 juta untuk tahun kewangan 2021/22. Kelab Catalan itu menjangkakan keuntungan €274 juta pada musim ini.

Berapa minggu lalu Barcelona diumumkan sebagai kelab paling berharga di dunia pada pasaran semasa selepas Real Madrid. Barcelona dinilai berharga €5.1 billion

Pada Isnin, lembaga pengarah Barcelona mengumumkan bahawa kelab meraih pulangan €1.017 billion. Bermakna mereka berjaya mendapat keuntungan atau pendapatan sekitar €98 juta.

Awal bulan ini Barcelona berjaya meningkatkan had perbelanjaan mereka sebanyak €800 juta.

Bercelona di bawah pengurusan Joan Laporta telah melakukan kerja luar biasa untuk mengelak kelab daripada muflis.

Ketika dia mengambil alih jawatan di Barcelona, kelab menanggung hutang sebanyak €1.3 billion. Ianya berlaku kerana salah tadbir kewangan yang teruk di bawah Bartomeu.

Antara punca adalah pembelian pemain dengan harga terlalu emosi. 3 pemain dibeli dengan harga lebih €100 juta dalam 2 tahun iaitu Ousmane Dembele, Phil Coutinho dan Antoine Griezmann.

Selain itu, Barca ketika itu terbeban dengan bil gaji pemain yang sangat tinggi. Di mana Laporta mengesahkan bahawa Barca telah berjaya mengurangkan bil gaji pemain menerusi rundingan pelarasan gaji.

Barcelona kemudian menjual hak nama stadium kepada Spotify. Seterusnya menjual beberapa aset kelab termasuk hak penyiaran. Barcelona menjana lebih €200 juta daripada penjualan 49% hak Barca Studio.

Pada musim panas lalu, Barcelona mengaktifkan 4 tuas ekonomi mereka untuk membantu mereka mendaftarkan kesemua pemain baharu mereka. Selain daripada menjual dan melepaskan pemain kelab lain untuk mengosongkan bil gaji sambil meningkatkan had perbelanjaan kelab.

Musim ini Barcelona optimis akan menjana keuntungan €274 juta selepas diluluskan dana operasi €1.225 billion. Terutama sekali Nou Camp kembali menerima kehadiran penyokong bermula pada musim ini selepas musim pandemik.

Orang di sebalik semua ini pastinya Laporta yang telah melakukan kerja ajaibnya di Barcelona. Dia bekerja keras siang dan malam memastikan Barcelona terus gah berdiri ketika kelab berdepan masalah yang sangat rumit.

Bartomeu turut berjaya memujuk bintang bintang kelab lain agar datang menyertai mereka dan berjanji bahawa gaji pemain akan dapat diselesaikan seperti biasa.

Bayangkan kelab Barcelona masih di bawah Bartomeu? Silap-silap lingkup Barcelona dikerjakannya.