Sebelum ini seorang barista (pembuat kopi) di Starbucks telah mendapati dirinya menjadi mangsa pembulian siber.
Ini apabila seorang pelanggan tak berpuas hati dengannya dan menularkan gambarnya – mengutuk dan menghentamnya.
Segalanya bermula apabila pelanggan bernama Amber Lynn Gilles memuat naik post di Facebook dengan kapsyen: “Dia ni tak nak melayan saya kerana saya tak pakai topeng muka.”
“Selepas ini saya nak bawa polis dan pengecualian medikal terus,” katanya.
Niat Amber nak menularkan dan menghentam Lenin Gutierez berubah sebaliknya. Ini apabila netizen menyokong Lenin dan menubuhkan tabung dana awam GoFundMe buat Lenin.
Derma itu adalah tanda penghargaan kepada Lenin Gutierrez yang tegas dalam pendirian dan mempertahankan polisi syarikatnya.
Ini kerana Starbucks telah mengenakan garis panduan wajib memakai topeng muka.
Topik itu turut dibincangkan di NBC dan panel menyatakan setiap premis perniagaan berhak untuk menetapkan polisi sama ada mahu melayan ataupun tidak mahu melayan pelanggan yang tidak memakai topeng muka.
Jurucakap Starbucks memberitahu Delish: “Kami nak semua orang rasa dialu alukan ketika berkungjung ke premis kami. Kami dengan hormatnya meminta semua pelanggan mengikuti garis panduan khas penjarakan sosial dan protokol keselamatan seperti yang disarankan jabatan kesihatan.”
“Ini termasuk memakai pelitup muka ketika masuk ke kedai kami.”
“Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web kami.”
Sebaik sahaja post oleh Amber Gilles itu meletup di media sosial, dana GoFundMe untuk Gutierez dengan sekelip mata sahaja sudah mengumpul $40,000.
Dana itu dideskripsikan: “Mengumpul wang untuk Lenin kerana usaha murninya yang tegas ketika berhadapan dengan ‘Karen in the wild’.”
Gutierez terharu dan memuat naik video mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya.
“Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih atas semua kasih sayang dan sokongan dan semua yang korang telah lakukan. Ia adalah suatu penghormatan untuk melihat semua ini berlaku,” katanya sambil memasang topeng.
“Tetapi saya hanya ingin mengingatkan semua orang untuk bersikap baik di antara satu sama lain, dan saling menyanyangi, dan selalu ingat untuk memakai topeng.”
Semalam Sky News melaporkan wang terkumpul sudah lebih $75,000 ataupun lebih RM322,000.
A San Diego barista who says he was verbally abused by a customer refusing to wear a mask has received more than $75,000 in donations from well-wishers https://t.co/YD9Tjq9EZu
— SkyNews (@SkyNews) June 28, 2020
Gilles memberitahu NBC San Diego bahawa dia tidak pernah mengancam Gutierrez, tetapi dia mahu tindakan diambil.
Rupa rupanya Gilles merupakan puak anti facemask yang kian hangat berkempen di AS ketika ini.
Dia juga mengatakan bahawa dia tidak percaya topeng berkesan untuk mengatasi wabak yang melanda ketika ini.
“Ia bermula dengan kopi tetapi berakhir dengan sijil digital dan vaksinasi paksaan,” kata Gilles.
Dia mengatakan bahawa dia telah menerima ancaman bunuh dan juga “mengancam untuk menyaman” pencipta halaman GoFundMe untuk “fitnah dan pembohongan”. Gilles mahukan wang saman itu.