Masa depan Josip Maria Bartomeu kini menjadi tanda tanya. Ramai peminat Barcelona meminta agar Bartomeu letak jawatan serta merta.
Tetapi menurut Gianluca Di Marzio, perkara itu tak akan berlaku. Sebaliknya Bartomeu kini sedang menyenaraikan beberapa nama pegawai untuk dipecat.
Ini termasuk Pengarah Sukan, Eric Abidal dan juga pengurus pasukan Quique Setien.
Koresponden Fabrizio Romano sebelum ini menyatakan BOD Barcelona sudah memutuskan untuk memecat Quique Setien.
Barcelona have already decided to sack Quique Setién after the terrible defeat against Bayern Münich. He’ll not be the manager on next season. 🔴🔵 @SkySport #Barcelona #FCB
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 14, 2020
Pemain senior Barcelona, Gerard Pique menggesa agar revolusi segera dilakukan di Barcelona.
“Perlawanan yang teruk, perasaan yang teruk, malu yang teramat sangat.”
“Ianya sangat sukar diterima, namun berharap untuk menjurus kepada sesuatu.”
“Kita semua perlu memberikan respon. Kelab harus membuat perubahan, saya tak cakap pasal menukar pemain atau coach, tetapi kelab harus melakukan perubahan total.”
Gerard Pique says Barcelona need changes at all levels of the club and called Friday's performance a "disgrace." https://t.co/B8JfXIKaUG pic.twitter.com/NB4vO7QkSg
— ESPN FC (@ESPNFC) August 14, 2020
Bercakap kepada wartawan selepas kekalahan 2-8 di tangan Bayern, Bartomeu bersetuju dengan Gerard Piqu, bahawa perubahan drastik harus dibuat.
“Ya, Pique betul. Kita tak berada di standard sepatutnya.”
Bartomeu turut meminta maaf kepada semua ahli kelab, para penyokong dan the Culers, kerana menurut beliau, ini bukanlah Barcelona yang mereka letakkan kepercayaan.
Bartomeu: "I would like to say sorry to the members, the fans, the #Culers. This is not the Barça that we believe in." pic.twitter.com/p8H4bcOJKH
— Barça Worldwide (@BarcaWorldwide) August 14, 2020
“Ini adalah malapetaka buat kita, dan kini kita harus membuat beberapa keputusan. Dan ada beberapa keputusan memang sudah kami buat, cuma menunggu untuk diumumkan dalam beberapa hari ini,” tambah beliau lagi.
Bartomeu berjanji bahawa segala tindakannya adalah untuk memastikan Barcelona menjadi lebih baik.
Gianluca Di Marzio yakin bahawa ia merujuk kepada masa depan Eric Abidal dan kemudian merujuk kepada kedudukan Quique Setien di dalam pasukan.
Ada beberapa nama pengurus yang di dalam pertimbangan Barcelona. Antaranya ialah Xavi. Dan kemudian Mauricio Pochettino yang masih belum ada pasukan.
Namun Pochettino sudah bersumpah tidak akan menguruskan Barcelona kerana sentimen beliau kepada Espanyol.
Tetapi dalam bola sepak apa apa boleh berlaku kan? Mourinho dulu pun pernah menolak nak menjadi pengurus Spurs.
Bekas Presiden Barca, Joan Laporta menuduh tindakan Bartomeu sebagai pengecut.
“Selepas kekalahan menyakitkan ini, kenyataan Bartomeu adalah bacul dan tak cekap. Tahap tak kompeten beliau dan lembaga pengarahnya membuatkan mereka tidak layak membuat sebarang keputusan untuk masa depan Barca.”
🗣 — Joan Laporta (former Barça President): "After this very painful defeat, the statements of Bartomeu are of cowardice and ineptitude. The incompetence of him and his board disqualifies them from making any further decisions on Barça's future." [twitter] pic.twitter.com/9K047qTQBr
— Barça Universal (@BarcaUniversal) August 14, 2020