Baru 2 Perlawanan, Ajax Dah Bercadang Mahu Lantik Henderson Jadi Kapten Sepenuh Masa

Ajax kini mempertimbangkan untuk memberikan lilitan kapten kelab kepada Jordan Henderson hanya selepas dua perlawanan pemain itu bermain untuk mereka setakat ini.

Jordan Henderson dianggap pemimpin semulajadi di dalam pasukan. Dia pernah menjadi kapten di Liverpool dan membantu kelab itu menjulang banyak piala.

Beberapa bulan lalu, Henderson sanggup menamatkan kontraknya dengan Al Ettifaq demi untuk menyertai Ajax.

Henderson berdepan kesukaran untuk beradaptasi di Arab Saudi. Dan tidak suka dengan atmosfera di dalam stadium. Di mana terlalu sedikit penyokong yang hadir ke stadium.

Al Ettifaq ketika itu bergelut untuk mencari kemenangan pertama dalam masa 3 bulan mereka.

Henderson merasai kembali suasana bola sepak Eropah setelah menyertai Ajax.

Ketika bermain untuk Ajax, Henderson menunjukkan prestasi luar biasa walaupun pasukannya kalah sekali dan seri sekali dalam dua perlawanan tersebut.

Daily Mirror melaporkan bahawa sebelum ini Ajax hampir memberikan lilitan kapten itu kepada Henderson untuk menggantikan Bergwijn yang cedera.

Tetapi pengurus Ajax John van’t Schip baru baru ini mengesahkan bahawa sementara waktu ini Steven Berghuis akan menjadi kapten.

Henderson akan menjadi calon kapten sepenuh masa selepas ini, setelah memberikan atmosfera positif di bilik persalinan kelab.

Henderson sudha berjanji akan melakukan segalanya untuk membantu Ajax mnamatkan liga di tiga teratas untuk bermain di Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Ajax masih ada 13 perlawanan lagi untuk melakukannya.

Ajax sudah kehilangan kapten mereka sebelum ini, Dusan Tadic yang tidak berpuas hati dengan polisi kelab dan meminta penamatan kontrak.

Sejak itu, kelab itu bergelut untuk mencari pemimpin sebenar di dalam dan di luar padang.

Baca yang lain