Baru 3 Setengah Perlawanan, Messi Dah Jadi Penjaring Keempat Terbanyak Sepanjang Zaman Inter Miami

Lionel Messi terus ganas merobek gawang penjaga gol MLS. Dan dia sekali lagi berada dalam senarai penjaring sekali lagi dalam aksi mendebarkan antara FC Dallas vs Inter Miami pada aksi Piala Liga.

Tiket perlawanan tersebut dilaporkan habis dijual hanya dalam masa beberapa jam ianya dibuka untuk jualan.

Messi membuka tirai jaringan pada minit ke-6 sebelum ketinggalan dengan kebangkitan 3 gol oleh Dallas menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-63.

Inter Miami merapatkan kedudukan pada minit ke-65 menjadi 3-2 menerusi Benjamin Cremaschi.

Tetapi Dallas menyumbat gol keempat menerusi jaringan sendiri Robert Taylor – 3 minit kemudian.

Inter Miami yang ketinggalan 4-2 berjaya mengikat Dallas dengan jaringan sendiri Marco Farfan pada minit ke-80 dan jaringan lewat Lionel Messi pada minit ke-85.

Pada penentuan penalti Inter Miami menang 5-3 dan mara ke suku akhir Piala Liga.

Gol itu menjadikan Messi sebagai penjaring keempat terbanyak sepanjang zaman untuk Inter Miami dengan 7 gol dan 1 assist setakat ini – terikat bersama Β Ties Josef, Lewis Morgan dan Pizzaro.

Messi di belakang Robert Taylor di tangga ketiga dengan 8 gol. Leo Campana di tangga kedua dengan 16 gol.

Dan GOAT untuk jaringan gol Inter Miami masih milik Gonzalo Higuain dengan 29 gol setakat ini.

Β 

Dengan graf prestasi semasa, anda rasa berapa lama masa diambil Messi untuk mengatasi rekod GOAT gol Inter Miami iaitu Gonzalo Higuain?