Baru Berusia 8 Tahun, YouTuber Ryan Berpendapatan RM107.6 Juta Setahun, Kekal Tertinggi

Ryan Kaji ataupun Ryan, kanak-kanak yang muncul dalam siaran YouTube untuk Ryan Toys Review telah diumum sebagai YouTuber paling tinggi pendapatan untuk 2 tahun berturut-turut.

Korang pasti kenal kepada budak ini, terutama sekali yang ada anak tu. Dia kekadang menjadi sebab poket korang kepanasan di depan kedai mainan.

Dan menyebabkan data telefon korang kong kerana anak-anak suka melayan aksi Ryan sampai berjam jam.

Itulah pengaruh si Ryan ni. Golongan sasaran beliau adalah penonton muda.

Ryan mulai membuka salurannya pada 2015. Beliau sudah meluaskan ulasan produk beliau daripada permainan, kepada pakaian, dan banyak lagi.

Ryan Kaji kini sudah berusia 8 tahun. Dan berjaya kekal sebagai YouTuber no. 1.

Ryan turut menewaskan personaliti gamers yang popular seperti PewDiePie, guru make up Jeffree Star dan Anastasia Radzinskaya yang berusia 5 tahun.

Anastasia banyak memuat naik video beliau bermain main dengan ayahnya dengan bercakap pelbagai bahasa.

Anastasia mendapat  $18 juta, Ryan pula mengaut $26 juta pada 2019. Angka itu adalah $4 juta lebih tinggi daripaa apa yang Ryan dapat pada 2018.

Di tempat kedua adalah Dude Perfect dengan pendapatan $20 juta.

Saluran Ryan telah berjaya meraih 23 juta pelanggan. Ryan terkenal dengan video unboxing barang mainan sejak berusia 3 tahun lagi.

Ryan turut mengadakan beberapa eksperimen sains, bermain ‘games’, mengajar penonton kanak-kanak cara melakukan aktiviti seharian seperti memberus gigi dan banyak lagi.

Ryan sebelum ini menggelarkan salurannya sebagai Ryan Toys Review. Dan kini sudah ditukar kepada Ryan World kerana sudah tidak terhad kepada ulasan barang mainan.

Ryan turut muncul dalam Nickelodeon.

Berikut adalah senarai 10 teratas YouTuber dengan pendapatan palin tinggi pada 2019. Tahniah kepada Ryan yang terus menjana wang besar pada tahun ini.

Tahun lepas dapat USD22 juta, tahun ni dapat USD26 juta, bermakna USD50 juta dalam dua tahun bersamaan RM207.8 juta.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan