Baru Dua Perlawanan Concecaio Terus Bagi AC Milan 1 Piala

AC Milan telah melakukan kebangkitan bergaya ke atas Inter Milan dalam Piala Super Itali yang berlangsung di Arab Saudi.

Ini adalah piala pertama Sergio Concecaio bersama AC Milan setelah dia baru sahaja dilantik menjadi pengurus baru baru ini.

AC Milan bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menang 3-2. Rafael Leao menjadi inspirasi kesemua 3 gol AC Milan walaupun dia tidak berada dalam senarai penjaring.

Ini adalah Derby della Madonnina yang sangat istimewa di Stadium Al-Awwal Park di Riyadh, selepas Nerazzurri menewaskan Atalanta 2-0 pada separuh akhir mereka, manakala Rossoneri bangkit untuk menang 2-1 menentang Juventus pada penampilan sulung jurulatih baharu Conceicao.

Marcus Thuram dan Joaquin Correa tidak cergas sepenuhnya, dengan Francesco Acerbi dan Benjamin Pavard tidak boleh beraksi, jadi Mehdi Taremi masuk ke dalam kesebelasan utama.

Rafael Leao hanya berada di bangku simpanan, dengan Noah Okafor, Samuel Chukwueze dan Alessandro Florenzi cedera, tetapi Yunus Musah masuk menggantikan Ismael Bennacer.

Malick Thiaw dan Mike Maignan bergabung untuk menghalang Lautaro Martinez.

Tijjani Reijnders menerobos masuk ke bahagian tengah hanya untuk mencari sasaran, tetapi Maignan malayangkan badannya untuk menahan percubaan deras Federico Dimarco selepas serangan balas Taremi.

Inter kehilangan Hakan Calhanoglu pada minit ke-35, digantikan oleh Kristjan Asllani dan menambahkan lagi masalah kecederaan mereka.

Emerson Royal dikejutkan dengan lontaran masuk pantas Dimarco kepada Henrikh Mkhitaryan dan Taremi melorongkan bola yang disudahkan oleh Lautaro Martinez.

Ia adalah gol keempat Supercoppa Italiana bagi pemain Argentina itu, menyamai rekod Paulo Dybala.

Nerazzurri menggandakan pendahuluan mereka kira kira selepas 60 saat aksi disambung semula pada separuh masa kedua menerusi Mehdi Taremi.

Rafael Leao kemudian dimasukkan dan dia membuat impak serta-merta. Lelao dijatuhkan oleh Mkhitaryan untuk sepakan percuma di luar kotak penalti – di mana Theo Hernandez mekakukan sepakan melengkung mendatar rendah yang menewaskan Yann Sommer.

Mkhitaryan menguji Maignan, manakala kedua-dua percubaan Thiaw dan Christian Pulisic tidak cukup bagus untuk menewaskan penjaga gol lawan mereka.

Milan mempunyai peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-62 apabila Leao memecut melepasi Yann Bisseck, tetapi Bastoni menghadangnya.

Beberapa saat kemudian, Sommer melakukan penyelamatan di tiang belakang untuk menafikan tandukan Alvaro Morata, manakala Taremi gagal untuk susulan, manakala percubaan Dumfries hanya bergolek melintasi gawang.

Dumfries juga membuat hantaran silang ke tiang belakang untuk ditanduk Carlos Augusto, tetapi gagal menwaskan Maignan.

Milan melengkapkan kebangkitan untuk 2-2 apabila Rafael Leao menghantar bola lolos kepada Theo Hernandez yang memecut di kiri, Bola dihantar ke kotak penalti dan disudahkan Pulisic.

Pada minit ke-90+3, Rafael Leao menerima bola dan melakukan hantaran square yang disempurnakan Tammy Abraham.

Ia adalah kebangkitan luar biasa dari 0-2 kepada 3-2 dan membawa Milan kepada trofi pertama mereka di bawah jurulatih baharu Sergio Conceicao.

Pengurus itu meraikannya dengan cara ikonik, tarian dengan curut di mulutnya.

AC Milan ternyata membuat keputusan tepat melanti Concecaio beberapa minggu lalu untuk memastikan mereka mendapat trofi pertama musim ini.

Ini adalah gaya keraian biasa oleh Concecaio selepas memenangi sesuatu piala.

Inter 2-3 Milan
Lautaro Martinez 45 (I), Taremi 46 (I), Theo Hernandez 52 (M), Pulisic 80 (M), Abraham 93 (M)

Inter: Sommer; Bisseck, De Vrji (Darmian 85), Bastoni; Dumfries, Barella (Frattesi 85), Calhanoglu (Asllani 35), Mkhitaryan (Zielinski 65), Dimarco (Carlos Augusto 65); Taremi, Lautaro Martinez

Milan: Maignan; Emerson Royal (Calabria 87), Thiaw, Tomori, Theo Hernandez; Musah (Loftus-Cheek 77), Fofana; Jimenez (Leao 50), Reijnders (Abraham 77), Pulisic; Morata