Baru Je Debut 9 Minit, Remaja 17 Tahun, Endrick Terus Skor Gol Kemenangan Brazil Atasi England

Bintang muda yang sudah pun dibeli Real Madrid, Endrick telah menikmati malam yang indah ketika menentang England.

Pemain berusia 17 tahun itu masuk sebagai pemain gantian, dan tidak lama kemudian menjaringkan gol kemenangan untuk Brazil dalam aksi menentang England.

Lebih menarik gol itu dijaringkan Endrick di gelanggang keramat Wembley pada aksi debutnya.

Menjadikan dia sebagai pemain termuda yang menjaringkan gol untuk Brazil sejak 1994, di mana ketika itu Ronaldo mencetak gol menentang Iceland pada usia 17 tahun, 7 bulan dan 12 hari.

Endrick pula mencetak gol pada usianya 17 tahun, 8 bulan dan 2 hari.

Namun begitu, Endrick tetap menunggu dengan penuh debaran. Kerana VAR campur tangan untuk memeriksa sama ada gol itu sah atau tak. VAR menyemak sama ada pemain Brazil ada yang ofsaid pada binaan gol itu.

Tidak lama selepas itu pengadil meniup wisel menyatakan gol itu bersih dan kekal diberikan.

Endrick meraikan gol itu dengan girang sekali. Dan netizen menganggap bahawa bintang baru sahaja dilahirkan di Wembley.

Dia mencatat gol itu pada debutnya, hanya selepas 9 minit dia berada di atas padang.

Endrick sebelum ini menjadi bakat yang menggemparkan liga Brazil. Prestasi cemerlangnya membuatkan Real Madrid pantas menyambar Endrick.

Endrick menjadi rebutan banyak kelab besar di eropah. Menurut ejen pemain itu, antara kelab yang benar benar hampir mendapatkan Endrick adalah Chelsea.

Namun pemain itu memilih Real Madrid. Dengan kelab gergasi Sepanyol itu membayar sekitar ยฃ51 juta untuk mendapatkan pemain yang baru berusia 17 tahun itu.

Nampaknya Real Madrid mendapat seorang lagi bintang masa depan menerusi polisi kelab itu yang memburu bakat bakat muda dari Brazil untuk dibangunkan sendiri menerusi sistem pembangunan kelab.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di