Baru Je Dilantik, Galtier Sudah Nak ‘Kick’ 12 Pemain Dan Taktikal Pochettino Demi ‘Projek Mbappe’

Pengurus baharu Paris Saint-Germain, Christophe Galtier terus berikrar komited dengan ‘Projek Mbappe’ dan mahu membuang beberapa pemain walaupun baru tiba di kelab itu.

Galtier sebelum ini sudah faham bahawa PSG akan berteraskan Mbappe dalam projek baharu kelab.

Mbappe sebelum ini hanya bersetuju dengan kontrak PSG selepas dijanjikan menjadi teras projek baharu kelab.

Dia juga berhak bersuara dalam isu jual beli pemain dan penstrukturan jurulatih dan pengarah sukan kelab.

Dan dia juga ditugaskan untuk memotong saiz skuad yang terlalu banyak bintang itu.

Pemain Paris Saint-Germain mesti bersedia dengan pendekatan ekstrem yang dilakukan oleh Galtier di kelab itu.

Taktikal  pengurus terdahulu, Mauricio Pochettino, juga tidak akan digunakan mulai musim 2022-2023. Galtier mahu membina pasukan dengan taktikalnya sendiri.

Christophe Galtier mahu mengurangkan saiz skuad yang terlalu besar dengan nama bintang di PSG. Ini untuk memberikan lebih banyak peluang kepada bintang muda akademi mereka.

Sebelum ini Nasser Al Khelaifi menyatakan bahawa PSG ada masalah di mana dalam beberapa musim ini ada beberapa bintang bergaji besar tetapi tidak cukup bagus.

Khelaifi menganggap mereka ini seolah olah mengambil kesempatan ke atas kelab yang mewah itu. Dia berkata, mana mana pemain yang hanya datang kerana duit, mereka akan dijual.

Nasser juga menegaskan bahawa PSG kini sudah menukar dasar mereka, dan mahu mengelakkan pembaziran yang melampau.

Galtier antara pengurus yang setuju akan membantu kelab mengurangkan saiz skuad. Pada masa yang sama dia mahu mewujudkan suasana di ceria di bilik persalinan.

“Melalui kerjasama dan hubungan yang dibina, saya mahu mewujudkan bilik persalinan yang menyeronokkan,” kata Galtier seperti kepada laman web rasmi kelab.

“Untuk mencipta ini, skuad semasa kami mesti dikurangkan,” kata Galtier tanpa berselindung.

Galtier mengklaim bahawa dia telah berbincang dengan pengurusan kelab berhubung rancangan itu.

“Kami tidak boleh mengharungi musim ini dengan pemain yang tidak banyak bermain kerana mereka tidak akan gembira,” kata Galtier.

“Pada masa ini, kami sedang berusaha mencari saiz pasukan yang sesuai supaya semua orang boleh menyertainya,” kata pengurus berusia 55 tahun itu.

Menjawab kata-kata Galtier, PSG dikhabarkan sedia untuk melepaskan sehingga 12 pemain sekaligus.

Dua pemain bintang seperti Ander Herrera dan Mauro Icardi antara nama yang dalam senarai mahu dibuang kerana mereka dianggap hanya selesa duduk di bangku simpanan tanpa memikirkan minit perlawanan.

Pemain yang nilai kontraknya membebankan PSG pastinya tidak akan mendapat tempat lagi. Ini yang membawa kepada perbincangan tentang Neymar sebelum ini.

Tetapi isu gaji Neymar dan juga memikirkan bahawa Messi yang baru kehilangan rakan baiknya Angel Di Maria, kelab sedia mengekalkan Neymar.

Ini untuk memastikan Messi berasa selesa dan gembira. Neymar merupakan sahabat baik Messi.

Galtier kemudian menegaskan bahawa dia memang mahu Neymar terus kekal di PSG kerana dia pemain berkelas dunia. Galtier memberitahu dia sudah ada perancangan tersendiri untuk Neymar.

Selepas membimbing Lille memenangi Liga Perancis pada musim 2020-2021, dia berjaya mengendalikan Nice yang musim lalu melangkah ke final Piala Liga Perancis.

Kini, Galtier berdepan cabaran lebih besar kerana dia perlu mengetuai PSG untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah.

Walaupun dia tidak mempunyai banyak pengalaman dalam pertandingan itu, Nasser Al Khelaifi percaya Galtier akan mampu meberikan kejayaan UCL kepada PSG.

Sebelum ini hampir kesemua jurulatih pada era Nasser Al Khelaifi dipecat kerana gagal dalam UCL.

Khelaifi sudah menegaskan bahawa PSG bukan hanya pasukan yang berpuas hati menjadi jaguh kampung. Tetapi harus memenagi UCL. Mana tidaknya, lihatlah nama nama besar dalam pasukan mereka.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi