Baru Je Juara Serie A, Spalletti Dah Nak Blah!

Apa sudah jadi dengan Luciano Spalletti dan Napoli?

Pengurus yang baru sahaja menamatkan kemarau penantian panjang 33 tahun kejuaraan Serie A mereka itu kini sudah sedia angkat kaki.

Sebenarnya, Spalletti sudah lama menyampah dengan presiden kelab Aurelio de Laurentiis.

Malah dalam ucapan kejuaraan liga oleh Laurentiis baru baru ini, dia tidak begitu memberikan penghargaan kepada Spalletti.

Laurentiis malah mengelak daripada bercakap atau menyebut nama Spalletti ketika wartawan bertanya apakah habuan yang akan diberikan kepada pengurus itu, adakah dia akan mendapat kontrak baharu?

Laurentiis lantas berkata: “Kita akan cakap hal bola sepak lain hari.”

Laurentiis dan Spalletti sempat meluangkan masa untuk makan malam. Namun ianya atas dasar profesional yang disebut media Itali, makan malam persahabatan.

Menguatkan laporan bahawa kedua dua mereka sudah lama tidak mesra atau jarang bertegur sapa.

Dalam keraian kejuaraan mereka di stadium, Laurentiis tetap menghargai Spalletti yang menurutnya seorang pemenang sejati.

Dia turut menyatakan dia akan menerima apa sahaja keinginan Spalletti selepas ini kerana tak mahu menjadi orang yang menarik sayap Spalletti.

Laurentiis sebenarnya masih berharap akan dapat mengekalkan Spalletti. Namun dia tidak yakin pengurus itu akan terus kekal.

Ketika ini Laurentiis sudah menyediakan 2 nama calon utama iaitu Rafa Benitez atau Antonio Conte. Seorang lagi nama dalam radar Laurentiis ialah Thiago Motta.

Spalletti masih lagi sedang dalam pertimbangan untuk perletakan jawatan. Kerana jika dia meletak jawatan dia tidak akan mendapat pampasan sekitar €8 juta yang dia akan dapat jika dia dipecat.

Spalletti tidak gembira dengan persekitaran tempat kerjanya di Napoli. Di mana Laurentiis suka  campur tangan hal berkaitan pengurusan pemain dan pasukan.

Dan Laurentiis turut meminta Spalletti cuba mengurangkan kos operasi kelab iaitu melibatkan gaji pemain.

Perkara itu agak sukar untuk dilakukan memandangkan Napoli adalah juara Serie A. Untuk mengurangkan gaji pemain yang sedia ada, ianya akan membuatkan pemain tidak gembira dan dengan mudah tertarik dengan tawaran kelab lain.

Polisi itu juga akan menyukarkan Spalletti dalam usahanya membawa pemain baharu ke kelab itu untuk menguatkan lagi pasukan mereka.

Spalletti kini berdepan kemungkinan akan kehilangan beberapa pemain utama termasuk Kim Min Jae dan Victor Osimhen. Ini kerana polisi Laurentiis yang suka menjual pemain jika ada tawaran besar, kerana dia mementingkan perniagaan lebih daripada bola sepak.

Itu antara masalah dalaman yang dihadapi Spalletti. Membuatkan dia sebenarnya sudah tak ada hati nak terus bekerja dengan Laurentiis.

Sebelum ini Spalletti pernah menyindir bahawa dia bekerja sangat teruk di Napoli dari pagi sehingga malam. Dengan kurangnya bantuan daripada pegawai atasan yang lain.

Berita ini pastinya kurang digemari oleh peminat Napoli yang mahukan pengurus itu kekal lebih lama bersama mereka.

Spalletti sebelum ini memberitahu rundingan kontrak baharu sebenarnya telah dibekukan. Dia tidak menerima apa apa tawaran. Dan dia kecewa seseorang di pengurusan tertinggi kelab tidak memberikan kenyataan media tentang laporan yang memfitnah Spalletti menolak tawaran Napoli kerana meminta gaji sangat tinggi.

Baca yang lain