Baru Je Main Bersama, Onana Dah Naik Darah Dengan Maguire

Baru sahaja beraksi satu perlawanan bergandingan dengan Harry Maguire, telah membuatkan Andrey Onana naik darah.

Onana mungkin budak baru di United nakun dis tidak takut untuk sound tepek kar Maguire yang sudah bermain untuk kelab itu jauh lebih lama malah pernah menjadi kapten United untuk 3 musim.

Onana masuk menyertai Man United dengan perpindahan sekitar £45 juta untuk menggantikan David De Gea sebagai penjaga gol no.1 Man United.

Dia segera menunjukkan bahawa dia sudah sedia menjadi sebahagian pasukan tanpa ada sedikit pun rasa segan. Bagi Onana, sudah menjadi kebiasaan untuk seorang pemain menyedarkan rakan mereka apabila membuat kesalahan.

Mungkin cara itu berbeza namun tujuannya tetap sama agar rakan mereka tak mengelamun.

Dalam aksi pra musim sebentar tadi menentant Borussia Dortmund, Maguire telah membuat aksi gugup di hadapan Onana.

Itu telah memaksa Onana melakukan save 1 vs 1 berhadapan Sebastian Haller. Membuatkan Onana baran dan memaki Maguire.

Maguire menjadi subjek perdebatan sepanjang musim lalu. Dan dia turut dilucutkan daripada jawatan kapten United baru baru ini

Saksikan di sini:

Ramai peminat Man United meminta Onana bersabar kerana itulah yang dilalui De Gea selama ini sebagai penjaga gol United. Mereka berharap Onana akan terus cekal selagi lagi ada Maguire dalam pasukan yang akan turun bila bila masa di bahagian pertahanan.

Aksi antara Man United dan Borussia Dortmund berakhir dengan kemenangan 3-2 memihak Dortmund. Man United sempat mendahului menerusi Diogo Dalot pada minit ke-24.

Kemudian Donyell Malen menjaringkan 2 gol pantas pada minit ke-43 dan ke-44.

Antony menyamakan kedudukan 8 minit kemudian. Tetapi Moukoko menjaringkan gol kemenangan selepas itu.