Ultras PSG nampaknya tidak memberikan ruang untuk Lucas Hernandez untuk bertenang.
Sebelum ini Lucas Hernandez dikritik oleh peminat Bayern yang menuduh pemain itu menyertai PSG kerana wang semata mata.
Kerana Bayern adalah kelab yang lebih besar dari PSG, menurut peminat di Bayern.
Namun Lucas Hernandez sudah menjelaskan bahawa dia telah memenangi segalanya di Bayern, dan sudah tiba masanya mencari cabaran baharu di Perancis pula.
Legenda Bayern, Mehmet Schnoll kemudian menganjing ucapan emosional Lucas Hernandez sebagai penuh kepura puraan.
Hernandez menulis: “Hari ini dengan hati yang berat sekali, saya mengucapkan selamat tinggal kepada kelab. Selepas pertimbangan sedalamnya, saya telah memutuskan untuk berdepan dengan cabaran baharu dalam karier saya.”
“Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan tidak berbelah bagi dari kamu semua sepanjang saya berada di sini.”
“Detik yang kita kongsi bersama akan kekal di dalam ingatan saya, begitu juga dengan semua trofi yang kita menangi, terutama sekali Liga Juara Juara Eropah yang sentiasa menjadi impian saya.”
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan, barisan kejurulatihan, semua staf, pengurusan tertinggi FC Bayern Munich di atas kepercayaan dan sokongan sepenuhnya sepanjang masa.”
“Kelab ini telah membantu saya membangun sebagai pemain dan seorang insan. Berbangga sekali dapat menyarung jersi salah satu kelab paling beprestij di dunia.”
“Akhir sekali, saya memohon kamu semua menghormati keputusan saya, walaupun sentiasa sukar untuk ucap selamat tinggal.”
Schnoll yang kurang gembira dengan cara Hernandez meninggalkan kelab telah menganjing di ruangan komen.
“Saya tak percaya walaupun sepatah ayat pun yang kau cakap. Bye bye.”
Hernandez menyertai Bayern dengan rekod perpindahan kelab iaitu €80 juta. Dia kemudian memutuskan enggan melanjutkan kontraknya. Walaupun Bayern melayannya sangat baik ketika dia berdepan masalah kecederaan.
Kini pemain itu menyertai PSG. Dia menyatakan dia sudah lama menantikan saat untuk beraksi dengan PSG.
Kenyataan itu tidak dilayan oleh ultras PSG yang terkenal dengan beberapa insiden menyerang pemain sendiri dengan chant dan juga kritikan terbuka di media sosial.
Menurut mereka, Lucas Hernandez datang ke PSG hanya kerana wang bukannya kerana lencana di dada. Mereka sudah menentang pemain seperti Neymar yang dianggap cuma menjadikan PSG sebagai mesin ATM dia semata mata.
Seterusnya, mereka tidak menerima Lucas Hernandez kerana dia adalah penyokong Marseille. Musuh tradisi kelab itu.
Hernandez lahir di Marseille, ayahnya pula bekas pemain Marseille pada era 90-an.
Apa yang membuatkan Hernandez menjadi pemain dibenci oleh Ultras PSG, beberapa tahun lalu, ketika Bayern menang aksi final UCL menentang PSG, pemain itu menganggap kejayaan itu sangat manis untuknya dan menunjukkannya kepada peminat Marseille.
Ultras berkata: “Kamu tidak dialu alukan di sini wahai Marseillais, dan kami nak kamu tahu itu.”
Hernandez kemudian tenang membalas: “Kepada penyokong PSG, biarlah kamu tengok sendiri nanti saya berjuang bermati matian untuk kelab ini.”
📸 – Romain Mabille, leader of PSG's ultras group on Lucas Hernández's potential arrival: "You're not welcome and we'll let you know 😁"
Hernández was born in Marseille. pic.twitter.com/022CScL53N
— Bayern Daily (@FCBMDaily) June 26, 2023