Baru Main 2 Kali, Benzema Ancam Tinggalkan Al Ittihad Kerana Tak Ngam Dengan Pengurus

Laporan sensasi dari akhbar Saudi Al-Sharq Al-Awsat mendakwa bahawa Nuno telah memaklumkan kepada lembaga pengarah kelab bahawa Benzema tidak sesuai dengan taktikal.

Jadi Nuno Espirito sudah memberikan bayangan bahawa jika pengurusan mendesak dia menurunkan pemain itu atas kehendak lembaga pengarah, dia tidak mahu dipersalahkan untuk keputusan di atas padang.

Akhbar itu juga menyatakan bahawa bekas pengurus Tottenham itu sebenarnya tidak pernah mencadangkan atau meminta kelab menandatangani bekas penyerang Real Madrid itu.

Konflik tersebut dilaporkan telah membuatkan Benzema telah bersemuka dengan Nuno Espirito dan berlaku pertikaman lidah antara mereka.

Nuno Espirito sebelum ini membuatkan Benzema bengang kerana enggan melayan permintaan pemenang Ballon d’Or itu untuk menjadi kapten di Al-Ittihad.

Pada masa ini Benzema dilaporkan tidak selesa untuk bekerja di bawah Nuno Espirito Santo. Dia tidak menunjukkan komitmen maksimum pada masa ini untuk kelab.

Benzema malah mengancam mahu meninggalkan kelab itu walaupun dia baru sahaja ditandatangani beberapa bulan lalu dan hanya bermain 2 perlawanan untuk Ittihad.

Perkara ini pastinya meresahkan pengurusan tertinggi kelab itu yang sebelum ini berhempas pulas dalam usaha membawa masuk Karim Benzema ke kelab itu.

Benzema masih tidak menjaringkan gol untuk kelab itu, namun dia memberikan bantuan dalam kemenangan 3-0 ke atas Al-Raed.

Konflik antara Benzema dan Nuno Espirito ini dipandang serius oleh pengurusan tertinggi kelab.

Dan sudah pastinya ramai menyimpulkan bahawa salah seorang harus disingkirkan. Dan orang itu adalah Nuno Espirito.

Mustahil untuk kelab membuang pemain yang dibayar dengan kontrak €600 juta secara keseluruhan selama 3 musim.

Ramai juga berpendapat bahawa tindakan Nuno Espirito ini seolah olah memang dia tidak mahu lagi bekerja dengan kelab itu kerana ada Benzema. Dan dia mahu dipecat agar mendapat pampasan pemecatan itu.

Al Ittihad merupakan salah satu pasukan yang dibiayai PIF – dana berdaulat Arab Saudi. Dan mereka antara kelab yang banyak mendatangkan nama nama besar ke dalam pasukan mereka.

Selain Benzema, Al Ittihad sudah menandatangani Fabinho Tavarez, Ngolo Kante, dan juga bekas penyerang Celtic iaitu Jota.

Baca yang lain